Sejak kebelakangan ini, antara perkara yang hangat diperkatakan adalah mengenai jawatan Presiden badan induk bola sepak negara. Antara nama besar yang disebut-sebuk bakal menyandang itu adalah Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan Tan Sri Annuar Musa.
TMJ mendapat sokongan kuat daripada pelbagai persatuan bola sepak dan kebanyakan peminat bola sepak di Malaysia kerana yakin dengan kemampuannya membaiki dan memulihkan sistem bola sepak Malaysia setelah melihat perkembangan positif pasukan Johor Darul Takzim (JDT) 2 - 3 tahun kebelakangan ini.
Pada mulanya, persaingan jawatan ini dijangka antara 3 penjuru di mana nama Khairy Jamaluddin juga disebut-sebut bakal turut bertanding merebut jawatan presiden FAM. Walaubagaimanapun, Khairy akhirnya telah menarik diri daripada bertanding setelah mempertimbangkannya.
Baru-baru ini, Tan Sri Anuar Musa juga telah mengumumkan secara rasmi bahawa beliau akan turut sama menarik diri daripada bertanding dan memberi laluan kepada TMJ. Maka sahlah bahawa TMJ merupakan presiden baru FAM yang akan menang tanpa bertanding. Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi jawatan presiden tersebut hanya akan dibuat pada kongres FAM yang ke 53 nanti.
Diharapkan dengan visi dan misi yang ada pada TMJ akan membawa pasukan kebangsaan ke peringkat yang lebih tinggi.