Tak kisahlah sama ada anda penggemar tegar permainan video atau pun hanya bermain sekali sekali untuk menghilangkan rasa bosan, pastinya anda pernah bermain permainan video ini.

Walaupun ia tak secanggih permainan zaman sekarang, namun ia merupakan permainan paling popular dan sangat menyeronokkan serta ketagihan. Dengan hanya menyebut perkataan "Tetris" sahaja sudah terngiang-ngiang lagu tema permainan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia

Jika zaman ini anda hanya perlu memuat turun permainan ini di Google Play atau Apple Store, namun dahulunya permainan ini dijual sebagai sebuah konsol yang berharga antara RM5 hingga RM10.

Tetris adalah sebuah permainan yang sangat ringkas namun ia membuatkan otak kita terangsang dan berfikir. Malah, ahli psikologi dari Universiti Plymouth membuat penemuan bahawa bermain Tetris selama 3 minit mampu membantu mengurangkan keinginan untuk makan.

Ini membantu mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan, dan juga merupakan alat yang sangat membantu bagi mereka yang cuba untuk berhenti minum alkohol atau hisap rokok.

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 00

Dalam artikel lalu, kami ada kongsikan senarai permainan video paling laris di dunia, dan di tangga pertama senarai tersebut adalah Tetris dengan jumlah 170 juta unit.

Ia dinamakan Tetris kerana dikatakan merupakan gabungan dua perkataan iaitu tetromino dan tenis.

Tidak ada permainan video yang ditiru dan dihasilkan berkali-kali lebih banyak daripada Tetris. Permainan ini boleh dimainkan pada hampir semua konsol permainan video dan sistem operasi komputer.

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 4

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 3

Tak cukup dengan itu, ia juga boleh dimainkan pada peranti termasuklah kalkulator grafik, telefon bimbit, pemain muzik mudah alih, pembantu digital peribadi (PDA) dan produk bukan media seperti osiloskop.

alexey pajitnov sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 68

Gambar: Alexey Pajitnov

Tetris pada asalnya direkabentuk dan diprogramkan oleh pereka permainan video Rusia, Alexey Pajitnov pada tahun 1984. Ketika itu, beliau bekerja di Pusat Pengkomputeran Dorodnitsyn di Akademi Sains Kesatuan Soviet, Moscow.

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 5

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 6

Gambar: Komputer Elektronika 60

Permainan ini dibangunkan menggunakan komputer Elektronika 60, yang mana pada pertama kali dikeluarkan kepingan puzzle Tetris tidak mempunyai warna dan tiada suara.

Tetris dibangunkan berdasarkan permainan komputer iaitu "Pentominoes" yang sudah popular di kalangan kanak-kanan di Rusia.

pentimino sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 203

Gambar: Permainan pentominoes

Namun ia diubahsuai kerana Pentominoes melibatkan 12 karekter puzzle dirasakan terlalu rumit, dan hanya mengambil 7 daripada karekter tersebut sahaja yang dikenali sebagai tetrominoes.

Disebabkan ketika itu komputer Elektronik 60 hanya mempunyai paparan berasaskan teks sahaja, tetrominoes mengambil bentuk huruf abjad iaitu I, J, L, O, S, T dan Z.

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 7

Tak lama selepas Tetris dihasilkan, permainan yang bersaiz 27KB ini diadaptasi oleh rakan sekerja Alexey iaitu Vadim Gerasimov (kini bekerja di Google) ke platform IBM PC. Menjelang tahun 1985, Vadim telah mengembangkan Tetris kepada versi berwarna yang pertama di dunia. Dan di sini lah bermulanya kejayaan sebenar Tetris.

Dari sini, Tetris versi PC telah "meletup" dan mula tersebar ke seluruh Moscow. Bagi meningkatkan populariti Tetris, kerjasama di antara Vadim dan anak syarikat perusahaan media terkenal British, Maxwel Corporation iaitu Mirror Soft dijalankan pada tahun 1986.

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 8

Pada tahun 1989, kejayaan komersial Tetris berlaku apabila Game Boy monokrom kali pertama dikeluarkan. Syarikat pengeluar permainan video gergasi Jepun, Nintendo, telah memberikan penghormatan kepada Tetris dengan menjadikannya sebagai permainan yang dimasukkan ke dalam Game Boy pertamanya pada ketika itu.

Mungkin, tanpa kehadiran Game Boy, Tetris tidak mengecapi kejayaan dan populariti seperti sekarang.

sejarah tetris permainan video paling popular dan laris di dunia 9

Kejayaan Tetris hasil daripada nukilan Alexey Pajitnov ini telah berjaya mengatasi permainan-permainan lain termasuklah yang dibangunkan menggunakan teknologi hebat masa kini. Ia membuatkan Microsoft memasukkan Tetris ke dalam Microsoft Windows Entertainment Pack bagi Windows 3.0 pada tahun 1989. 

Setelah zaman berubah, Tetris untuk Nintendo DS dan Nintendo 3DS pula dikeluarkan. Dan jika difikirkan, tanpa kewujudan Tetris, kemungkinan permainan yang sedang popular masa kini iaitu Candy Crush pun tak akan wujud.

Ia membuatkan Tetris diiktiraf sebagai permainan video paling berjaya sepanjang zaman.

Rujukan:

1. Wiki

2. Mobgenic

3. English Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)