Populariti permainan video terus meningkat terutamanya apabila permainan video yang dahulunya dicipta dan popular dalam kanak-kanak terutamanya pada era 90-an, kini  kini turut menjadi hobi untuk orang dewasa.

Permainan video telah terus berkembang dari zaman permainan konsol seperti Atari kepada PlayStation, Xbox Series dan banyak PC permainan yang popular sekarang. Walaupun banyak permainan video yang dikeluarkan setiap tahun, setiap dari kita pastinya mempunyai permainan video kegemaran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kualiti, jenis dan akses permainan ialah beberapa faktor yang menjadikannya menarik kepada pemain. Kali ini, mari lihat 5 permainan video paling popular sepanjang zaman (sehingga artikel ini ditulis). Senarai ini disusun berdasarkan jumlah salinan terjual bagi setiap permainan video ini.

5. PUBG – 75 juta salinan

pubg mobile

PUBG memainkan peranannya yang kritikal dalam peningkatan populariti permainan battle royale dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Maka, adalah tidak menghairankan bahawa PUBG telah mencapai kejayaan jualan yang begitu besar.

Pengarah kreatif Krafton Dave Curd memberitahu The Verge bahawa ia telah menjual 75 juta salinan PUBG setakat Disember 2021. Jumlah itu kemungkinan akan menjadi jumlah jualan terakhir permainan ini kerana sebulan selepas itu, PUBG boleh dimainkan secara percuma.

Walaupun jumlah muat turun percuma di peranti mudah alih tidak dikira dalam jumlah jualannya, popularitinya tidak perlu dipertikaikan memandangkan PUBG Mobile telah dimuat turun lebih 1 bilion kali pada Mac 2021.

4. Wii Sports – 82.9  juta salinan

wii sports

Menurut angka jualan rasmi Nintendo, Wii Sports ialah permainan terlaris syarikat itu. Walaupun kebanyakann permaiinan video dalam senarai ini telah digabungkan dengan konsol pada satu ketika, Wii Sports telah digabungkan dengan Wii di hampir semua negara semasa pelancaran.

Dengan hampir 83 juta salinan terjual, ia merupakan permainan video dalam platform tunggal terlaris sepanjang masa. Wii Sports adalah kompilasi lima permainan yang direka untuk menggunakan sepenuhnya alat kawalan jauh inovatif Big N.

Cakera pada permainan ini yang dihantar secara percuma dengan Wii di Amerika dan Eropah, termasuk versi besbol, tinju, boling, golf dan tenis dan mempelajari asas bermain permainan ini sangatlah mudah.

3. Grand Theft Auto V – 170 juta salinan

grand theft auto v 907

Grand Theft Auto 5 ialah permainan video konsol dan PC sahaja terlaris sepanjang masa  Penjualan GTA Rockstar telah melepasi 170 juta unit setakat 30 September 2022. Jumlah itu aalah gabungan jumlah jualan permainan ini merentas tiga generasi konsol dan PC antara 2013 dan 2022.

Permainan GTA 5 juga ialah permainan video terpantas merentasi semua medium untuk mencecah $1 bilion — dan sejak itu ia memperoleh berbilion lagi menjadikannya keluaran hiburan paling menguntungkan sekurang-kurangnya sehingga 2018.

Permainan video GTA5 mula dijual pada 17 September 2003 dan boleh didapati di pelbagai platform  seperti  PS5, PS4, PS3, Xbox Series X|S, Xbox One, Xbox 36 dan PC.

2. Minecraft – 238 juta salinan

minecraft

Minecraft telah menjual 238 juta salinan permainan video sehingga April 2021 menurut Microsoft walaupun jumlah jualannya semakin bertambah sejak itu. Syarikat itu menyatakan bahawa angka itu berdasarkan jumlah jualan merentasi 22 platform yang tersedia.

Dengan pembikinan filem filem, Netflix, modul pendidikan, mainan, dan banyak projek lain yang sudah siap atau masih dibangunkan, Minecraft telah merentasi pelbagai medium dengan cara yang jarang dilakukan oleh permainan video lain sebelum ini.

Permainan Minecraft terawa dikeluarkan pada 17 Mei 2009 dan permainan ini terdapat di pelbagai platform antaranya Xbox One, Xbox 360, PS4, PS3, PS Vita, Switch, Wii U, 3DS, PC, VR dan telefon pintar,

1. Tetris – 520 juta salinan

tetris

Tetris menduduki tempat teratas dalam senarai buku terlaris sepanjang masa dengan 520 juta salinan terjual, menurut The Tetris Company. Jumlah itu termasuk jualan merentasi semua platform yang tersedia, dengan majoriti datang dai peranti mudah alih.

Henk Rogers, pengarah urusan Syarikat Tetris berkata Tetris mempunyai 425 juta muat turun mudah alih berbayar setakat 2014. Tetris pada mulanya dikeluarkan untuk komputer Elektronika 60 yang dibangunkan oleh Soviet Union, dan variasi permaina puzzle klasik ini telah dibuat untuk lebih 50 platform berbeza.

Tetris juga merupakan antara permainan video yang berjaya meningkatkan populariti  Game Boy dimana sebanyak 35 jut salinan telah terjual pada konsol pegang tangan Nintendo.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)