Kredit foto: BH Online & pinterest.com
Wanita yang mendakwa telah dihamilkan oleh seorang aktor popular, meminta semua pihak berhenti mengaitkan isu itu dengan nama-nama selebriti yang terpalit sebelum ini.
Beliau berkata, ujian DNA sudahpun dilakukan dan ternyata bayi yang dilahirkannya itu bukanlah hasil hubungan dengan aktor berkenaan.
Dalam pada itu, dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima dirinya seadanya.
"Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.
"Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait. Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.
"Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya," katanya kepada Mstar Online.
Sebelum ini, menerusi laporan yang dikeluarkan portal sama, wanita berumur 20-an itu mendakwa telah terlanjur dengan seorang pelakon popular hingga hamil tiga bulan.
Dedah wanita itu, pelakon tersebut enggan bertanggungjawab dan dia telah diserang kekasih pelakon itu apabila cuba menghubunginya.
Spekulasi yang diperkatakan di media sosial ini menghangatkan lagi teka-teki identiti pelakon berkenaan, dan antara nama yang disebut-sebut termasuklah aktor Idris Khan dan Zul Ariffin.
Sumber berita: Mstar