Oleh pada 12 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan & Instagram Lan Pet Pet

Tempias 'serangan' netizen turut terkena kepada Rozita Che Wan dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana susulan isu seorang pelawak terkenal disyaki membelasah pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu.

Melalui temubual bersama portal MHE TV, Rozita atau Che Ta yang juga merupakan kakak ipar kepada pelawak Lan Pet Pet, berkongsi pandangannya berkenaan isu hangat tersebut.

“Orang bukan setakat kaitkan nama saya, tapi nama Aaisyah pun turut terpalit sama. Pada saya, mungkin apa yang berlaku di situ ada salah faham.

“Saya tak rasa satu pihak je salah tetapi ada pihak lain yang memprovokasi lebih-lebih, jadi membuatkan pihak lain sakit hati.

“Zaman sekarang ini, hanya disebabkan ada video yang menjadi viral, itulah yang berlaku sekarang ini,” katanya.

Rozita ditemui di majlis kempen Habib’s Diamond Festival di butik Habib Jewels, Ampang.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Zain Saidin itu berkata, sebagai antara individu terdekat dengan Lan, dia mengenali pelawak terbabit sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan mengambil berat dengan orang sekelilingnya.

isu lan pet pet serang pengawal keselamatan akhirnya che ta buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

“Mengenali abang Lan, kami dalam keluarga tahu bagaimana dia seorang yang mengambil berat dengan semua orang. Malah kalau isteri dia dalam keadaan sedih, hari-hari dia akan bawa keluar dan jalan-jalan bagi nak ceriakan balik.

“Orang luar tengok dia jenis pak lawak dan buat kelakar kan, tapi dia ni jenis yang sangat bertanggungjawab dan mengambil berat dengan semua orang. Saya ada tanya juga dengan Ruby, bagaimana dengan dia.

“Ruby jawab dia okay dan dia pun tiada mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kecuali yang dia muat naik dalam Instagram tu je la,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)