Oleh pada 14 Dec 2017 kategori

Angkara Fattah Amin bertindak manarik diri daripada rancangan hiburan Meletop pada Selasa lalu, netizen berspekulasi dan bergaduh di media sosial!

Tampil menjernihkan keadaan, akhirnya pihak produksi Meletop menerusi laman Facebook rasminya memohon maaf secara terbuka serta menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

fattah amin tarik diri saat akhir akhirnya produksi meletop beri penjelasan 2

Menurut jurucakap Meletop itu, susunan rancangan pada episod berkenaan telahpun mendapat persetujuan daripada semua pihak sebelum program bermula, lantas tidak timbul isu Fattah menarik diri kerana kononnya tidak mahu berjumpa Neelofa yang bertindak sebagai hos.

Malah kenyataan tersebut turut disokong oleh pengurusan Fattah iaitu Fastyle Asia yang mengakui artis di bawah naungan mereka itu sememangnya mempunyai hal kecemasan sehingga terpaksa meninggalkan set dalam keadaan tergesa-gesa.

Difahamkan, ketika Fattah berlari pulang, produksi juga terpaksa mengejarnya untuk mendapatkan mikrofon yang masih melekat di badan beliau.

Sebuah mesyuarat telah diadakan antara mereka dan pihak Fattah. Pihaknya berjanji akan memberikan penjelasan dalam tempoh terdekat.

Kredit foto: Facebook Meletop

Sumber berita: Facebook Meletop & Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)