Oleh pada 23 Jun 2017 kategori

Beberapa hari lagi, Ramadhan kareem akan meninggalkan kita. Walaupun hati rasa sedih, tetapi kita tetapi akan ditinggalkan, namun akan diganti dengan kemeriaahan dan sambutan kemenangan bagi seluruh umat Islam, iaitu tibanya Syawal. Hari Raya Aidilfitri disambut meriah oleh umat Islam dengan hati yang gembira, walaupun ramai saudara kita masih berada dalam kesengsaraan perang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau apapun, ketibaan Syawal penuh makna perlu diraikan, salah satunya dengan melakukan solat sunat aidilfitri, bagi melafazkan rasa syukur kita kepada Allah yang telah mengurniakan kesempatan berpuasa dan menikmati bulan Ramadhan. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda maklumat dan panduan lengkap melakukan solat sunat hari raya aidilfitri.

Solat Aidilfitri sunat atau wajib?

aidilfitri

Solat hari raya Aidilfitri adalah sunat muaakad iaitu sangat dituntut dalam Islam. Namun ada pendapat yang mengatakan ianya adalah wajib untuk menunaikan solat sunat aidilfitri sama ada bagi lelaki atau perempuan. Antara alasan hukum wajib yang telah dikemukakan oleh Shidiq Hasan Khon (murid Asy Syaukani): 

1. Rasulullah S.A.W melakukannya secara terus menerus sehingga wafat

2. Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam melaksanakannya

Perintah keluar rumah itu sendiri adalah perintah melaksanakan solat aidilfitri kepada mereka yang tidak uzur. Di sini, ia dikatakan wajib kerana keluar rumah merupakan wasilah(jalan) menuju jalan solat. Disebabkan jalannya adalah diwajibkan, maka tujuannya iaitu solat secara automatik adalah wajib.

3. Firman Allah akan wajibnya solat aidilfitri:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Dirikanlah solat dan berqurbanlah.” [Surah Al Kautsar: 2]

Maksud ayat ini adalah perintah untuk melaksanakan solat aidilfitri.

4. Gugur kewajipan solat Jumaat

Shidiq Hasan Khon menjelaskan bahawa seseorang itu digugurkan kewajipan baginya daripada menunaikan solat Jumaat jika telah melaksanakan solat Aidilfitri (jika Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat). Solat Jumaat itu wajib dan apa yang wajib hanya boleh digantikan dengan yang wajib.

Waktu pelaksanaan solat Aidilfitri

eid 76

Menurut mazhab Syafi’ie; solat Aidilfitri bermula dari terbitnya matahari pada hari raya dan berakhir apabila tergelincir matahari dari tengah langit (yakni masuk waktu zohor). Namun waktu terbaik ialah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah. Kadar segalah (الرمح) ialah tiga meter pada pandangan mata iaitu lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit. [Rujuk: al-Fiqhul-Wadhih, Dr. Muhammad Bakar Ismail, jil. 1, hlm. 266]

Tempat pelaksanaan solat Aidilfitri

solat hari raya

Adalah lebih afhal jika dilakukan ditempat yang lapang, seperti padang kecuali terdapat halangan seperti hujan dan sebagainya. Abu Sa’id Al Khudri mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى

“Rasulullah S.A.W biasa keluar pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha lalu menuju tanah lapang.” [HR. Bukhari no. 956 dan Muslim no. 889]

Amalan sunat di pagi hari raya Aidilfitri

hari raya

1. Mandi sunat

Ibnul Qayyim mengatakan, “Terdapat riwayat yang sahih yang menceritakan bahawa Ibnu ‘Umar yang dikenal sangat mencontohi ajaran Nabi S.A.W biasa mandi pada hari Aidilfitri sebelum keluar solat.”[Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, 1/425]

2. Berhias dan memakai pakaian yang baru dan terbaik

Ibnul Qayyim mengatakan, “Nabi S.A.W biasa keluar ketika solat Aidilfitri dan Aidiladha dengan pakaiannya yang terbaik.”[Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, 1/425]

3. Menjamah makanan sebelum keluar

Dari ‘Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya, dia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ وَلاَ يَأْكُلُ يَوْمَ الأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ فَيَأْكُلَ مِنْ أُضْحِيَّتِهِ

“Rasulullah S.A.W biasa berangkat solat Aidilfitri dan baginda makan terlebih dahulu. Sedangkan pada hari Idul Adha, beliau tidak makan lebih dulu kecuali setelah pulang dari solat baru beliau menjamah hasil korbannya.” [HR. Ahmad 5/352 ]

Tujuan disebalik menjamah sebelum keluar adalah untuk membezakan hari tersebut bukan lagi hari berpuasa. [Shahih Fiqh Sunnah, 1/602.]

4. Bertakbir ketika keluar

Dalam suatu riwayat disebutkan, 

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ فَيُكَبِّر حَتَّى يَأْتِيَ المُصَلَّى وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ فَإِذَا قَضَى الصَّلاَةَ ؛ قَطَعَ التَّكْبِيْر

“Nabi S.A.W biasa keluar hendak solat pada hari raya Aidilfitri, lantas baginda bertakbir sampai di lapangan dan sampai solat hendak dilaksanakan. Ketika solat hendak dilaksanakan, beliau berhenti dari bertakbir.”[As Silsilahh Ash Shahihah no. 171 ]

5. Menyuruh wanita dan anak kecil untuk ikut sama solat

Dalilnya sebagaimana disebutkan dalam hadits Ummu ‘Athiyah:

أَمَرَنَا – تَعْنِى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- – أَنْ نُخْرِجَ فِى الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ.

“Nabi S.A.W memerintahkan kepada kami pada saat solat Aidilfitri agar mengeluarkan para gadis yang baligh dan wanita yang dipingit, begitu pula wanita yang sedang haid. Namun baginda memerintahkan pada wanita yang sedang haid untuk menjauhi tempat solat." [HR. Muslim no. 890 ]

Namun wanita tetap harus memperhatikan adab-adab ketika keluar rumah, iaitu tidak berhias diri dan tidak memakai harum-haruman.

6. Menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang

Dari Jabir, beliau mengatakan,

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Nabi S.A.W ketika solat hari raya, beliau gunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang.”[HR. Bukhari no. 986 ]

7. Berjalan kaki ke tempat solat dan tidak menggunakan kenderaan, kecuali ada hajat lain

Dari Ibnu ‘Umar, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا.

“Rasulullah S.A.W biasa berangkat solat hari raya dengan berjalan kaki, begitu juga ketika pulang dengan berjalan kaki.”[HR. Ibnu Majah no. 1295 ]

Tatacara takbir raya ketika keluar solat Aidilfitri

takbir raya

1. Disyari’atkan dengan mengeraskan bacaan takbir

Ini berdasarkan kesepakatan empat ulama madzhab.[Majmu’ Al Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 24/220]

2. Di antara lafaz takbir adalah:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

“Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd. Syaikhul Islam juga menerangkan jika seseorang mengucapkan “Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar”, itu juga diperbolehkan.

Perbezaan solat Aidilfitri dengan solat harian

azan

1. Tidak ada solat sunat sebelum dan selepas

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَرَجَ يَوْمَ أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا

“Rasulullah S.A.W pernah keluar pada hari raya lalu baginda mengerjakan hari raya 2 rakaat, tetapi baginda tidak mengerjakan solat qabliyah maupun ba’diyah.”[HR. Bukhari no. 964 dan Muslim no. 884.]

2. Tidak ada azan dan iqamah

Dari Jabir bin Samuroh, ia berkata:

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الْعِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلاَ مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ.

“Aku pernah melaksanakan solat hari raya (Idul Fithri dan Idul Adha) bersama Rasulullah S.A.W bukan hanya sekali atau dua kali, ketika itu tidak ada azan mahupun iqamah.”[HR. Muslim no. 887]

Tatacara solat Aidilfitri

solat eid

1. Mula dengan takbiratul ihram.

2. Takbir tujuh kali

Takbir ini dilakukan sebelum memulai membaca Al Fatihah. Boleh mengangkat tangan ketika takbir-takbir tersebut sebagaimana yang dicontohkan oleh Ibnu ‘Umar. Ibnul Qayyim mengatakan :

“Ibnu ‘Umar yang dikenal sangat meneladani Nabi S.A.W yang biasa mengangkat tangannya dalam setiap takbir.”

3. Tak ada bacaan zikir tertentu di antara takbir

Namun ada sebuah riwayat dari Ibnu Mas’ud, ia mengatakan, “Di antara tiap takbir, hendaklah menyanjung dan memuji Allah.”

Syaikhul Islam mengatakan bahwa sebahagian salaf di antara tiap takbir dengan membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ . اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي

“Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar. Allahummaghfirlii war hamnii"

Boleh juga membaca bacaan lainnya asalkan di dalamnya berisi pujian pada Allah Ta’ala.

4. Baca Al-Fatihah dan surah lain.

Namun lebih afdhal membaca surah yang Nabi Muhammad S.A.W baca iaitu surah Qaaf pada rakaat pertama dan surah Al-Qamar pada rakaat kedua.

Waqid Al Laitsiy menjawab pertanyaan Umar bin Al Khattab mengenai surat apa yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W ketika solat hari raya. Ia pun menjawab,

كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِ (ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ) وَ (اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ)

“Nabi S.A.W biasa membaca “Qaaf, wal qur’anil majiid” (surat Qaaf) dan “Iqtarobatis saa’atu wan syaqqol qomar” (surat Al Qomar).”[HR. Muslim no. 891 ]

5. Sambung seperti solat biasa : Rukuk, i’tidal, sujud dan seterusnya

6. Takbir ketika bangkit untuk mengerjakan raka’at kedua.

7. Kemudian bertakbir sebanyak lima kali takbir sebelum memulai membaca Al Fatihah.

8. Kemudian membaca surat Al Fatihah dan surat lainnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

9. Mengerjakan gerakan lainnya hingga salam.

Khutbah hari raya

khutbah

Dari Ibnu ‘Umar, ia mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ – رضى الله عنهما – يُصَلُّونَ الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Abu Bakr, begitu pula ‘Umar biasa melaksanakan solat hari raya sebelum khutbah.”[HR. Bukhari no. 963 dan Muslim no. 888 ]

Selesai solat hari raya, imam akan berdiri untuk berkhutbah. Khutbah ini adalah tidak wajib untuk didengari. Dari ‘Abdullah bin As Sa-ib, Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّا نَخْطُبُ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَجْلِسَ لِلْخُطْبَةِ فَلْيَجْلِسْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَذْهَبَ فَلْيَذْهَبْ

“Aku saat ini akan berkhutbah. Siapa yang mau tetap duduk untuk mendengarkan khutbah, silakan ia duduk. Siapa yang ingin pergi, silakan ia pergi.” [HR. Abu Daud no. 1155 dan Ibnu Majah no. 1290 ]

Jika Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.

Jika ini terjadi, maka mereka yang telah melaksanakan solat hari raya digugurkan kewajipan untuk melaksanakan solat Jumaat, tetapi masih wajib untuk solat Zuhur. Tetapi adalah lebih baik bagi pihak masjid untuk tetap mengadakan solat Jumaat kerana ia memberikan peluang kepada mereka yang mahu solat Jumaat dan bagi mereka yang terlepas untuk solat hari raya. 

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)