Oleh pada 23 Feb 2018 kategori

Dhuha sangat signifikan dengan solat sunat yang kebiasaannya manusia nak minta tambah rezeki dan kekayaan dari Allah. Kita nak duit banyak, kereta besar, rumah besar dan lain-lain.

Apa kata kita ambil inspirasi dari penghayatan Surah al-Dhuha sebagai panduan.

1. Gelisah?

manusia sentiasa berasa gelisah dalam hidup

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kita selalu gelisah, duit tak cukup, kereta tak best, rumah masih menyewa, nak makan sedap tapi rasa nak menyimpan duit dulu. Sehinggakan kita merasa seolah-olah Allah "tak dengar" rintihan dan rayuan dalam doa kita. Tak kurang ada pula yang seolah-olah menyalahkan takdir.

Asbabul Nuzul surah al-Dhuha menceritakan kegelisahan Rasulullah s.a.w. di saat wahyu tidak turun dalam beberapa tempoh. Ditambah provokasi musyrikin yang menganggap Allah telah tinggalkan dan membenci Rasulullah s.a.w. Allah bersumpah.... Allah tidak meninggalkan Nabi dan membenci baginda.... Allah menjanjikan beberapa kebaikan kepada baginda.

2. Motivasi dari kisah silam

Allah menceritakan bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w. terdahulu dan bagaimana anugerah Allah kemudiannya. Dari seorang anak yatim namun dijaga Allah. Dari dalam suasana kebingungan kemudiannya diberi petunjuk. Dari susah kepada kekayaan atau kesenangan.

Ya, kadang-kadang sejarah mengajar kita untuk bersyukur atas nikmatNya. Renung-renung sejarah hidup kita masing-masing.

3. Berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu

Rasulullah s.a.w. pernah merasai bagaimana hidup anak yatim dan orang yang susah. Maka, kemudiannya, golongan ini mendapat tempat di hati baginda. Allah memperingatkan agar mereka tidak dilakukan sewenang-wenangnya.

Ya, dulu mungkin kita pernah hidup atas ihsan dan bantuan orang lain, sampai masanya jangan lupa berkongsi nikmat dengan orang yang memerlukan pula. Sampai masanya, kita perlu berbuat baik kepada hamba Allah yang lain kerana Allah telah berbuat baik kepada kita.

4. Bersyukurlah, Allah akan tambah rezeki untukmu.

umat islam digalakkan sentiasa bersyukur

Maka, di atas nikmat-nikmat yang kita pernah rasai, bersyukurlah. Upgrade nilai "memberi" kita. Bukan memberi semata-mata harapkan balasan di kemudian hari, tapi memberi untuk bersyukur.

Tidak cukup sekadar ucapan "Alhamdulillah", kita perlu memberi.

Yakinlah janji Allah dalam surah Ibrahim, orang yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat baginya.

Andai hidup kita hanya sekadar berfikir untuk penuhkan perut kita semata-mata, kita seolah-olah hidup untuk tunggu mati.

"DHUHA : MUHASABAH MEMBERI, BUKAN SEKADAR MEMINTA"

Tazkirah untuk diri sendiri dan perkongsian untuk kebaikan bersama.

Penulisan asal : Mohd Idris




Hakcipta iluminasi.com (2017)