Oleh pada 06 Jun 2017 kategori

Tidak lama lagi kita akan menempuhi impian untuk mencapai wawasan 2020. Wawasan 2020 merupakan satu yang digagaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.  Wawasan 2020 ini bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Apa yang dimaksudkan negara maju sepenuhnya bukan sahaja ia merangkumi bidang ekonomi, tetapi juga termasuk bidang-bidang berkaitan politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, gaya hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu usaha yang amat penting untuk mereleasikikan wawasan tersebut antaranya adalah sikap dan mentaliti. Bagaimana kita ingin mengecapi wawasan 2020 jika tahap mentaliti dan sikap sesetangah rakyat Malaysia masih berada di tahap kelas ketiga. Apa yang dimaksudkan dengan mentaliti dan sikap tahap kelas ketiga? Ia adalah cara berfikir dan perbuatan yang masih berada pada tahap yang amat teruk. 

Buang Sampah Ikut Suka

Tahukah anda bahawa setiap hari sebanyak 37,000 tan sampah yang terhasil dalam Malaysia. Semua orang membuang sampah setiap hari, tetapi adakah semua orang buang sampah dengan cara yang betul? Ya la, memang kita mempunyai tukang sapu sampah, pengutip sampah dan juga pembersih longkang tetapi itu tidak bermakna kita boleh buang sampah ikut suka kita sahaja. Perbelanjaan nak menguruskan sampah sarap ini pon mencecah 2.2 billion ringgit setahun. Jumlah itu pun sudah cukup untuk sesetengah rakyat Malaysia nak belagak jadi tuan besar kerana tabiat buang sampah ikut suka saja.

Antara salah satu sebab lahirnya generasi pembuang sampah merata-rata adalah ibubapa mereka sendiri. Sesetengah ibubapa dengan rasa tidak bersalah membuang tisu, plastik, sisa makanan, kotak rokok, puntung rokok dan bermacam-macam jenis aneka sampah lagi yang keluar dari tingkap kenderaan begitu bersahaja tanpa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa. Bersepah sampah yang berada di atas jalan tersebut bukan setakat daun kering yang berguguran sahaja. Anak-anak pula yang berada di belakang kenderaan melihat kelakuan ibubapa tersebut dan boleh jadi terbiasa untuk melakukan perkara tersebut. Jadi ibubapa haruslah menunjukkan contoh yang baik dan berakhlak. Jika anak-anak buang sampah merata-rata tegur anak tersebut, nasihat mereka, didik mereka bahawasanya buang sampah merata-rata merupakan satu sikap yang terkutuk dan boleh menyebabkan negara kita menjadi kotor. Jangan rendahkan moral anda.

buang sampah merata rata sesuka hati

Sama juga ketika berada dalam kedai makan, selesai makan ada yang terus merokok di dalam kedai makan tersebut. Sudahlah pencemaran asap rokok meragut kesedapan makanan orang lain, dibuang pula puntung rokok itu di atas lantai dan dipijak dengan kaki. Tidak kah itu perbuatan kotor dan keji? Disebabkan itu ada sesetengah orang tidak mahu makan di kedai makan yang tiada larangan merokok disebabkan jijik melihat puntung rokok bersepah di atas lantai. Walaupun terdapat bekas abu rokok di atas meja, ia tetap nampak jijik. Kalau yang jenis melepak di kaki lima jalan, ikut suka mereka nak buang puntung di mana-mana seperti dalam longkang,pasu bunga, dan atas jalan begitu sahaja.

merokok di kedai makan

Sama juga ketika berada di dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan bola sepak. Memang anda bayar duit tiket, tetapi adakah itu boleh menyebabkan anda buang sampah ikut suka anda. Rata-rata selepas perlawanan bola di stadium terdapat banyak sampah yang bersepah. Kenapa ia berlaku? Ini adalah kerana sikap dan mentaliti rakyat yang tidak mahu berubah. Begitu juga dengan para peniaga pasar malam yang membiarkan sampah-sampah mereka di atas tapak begitu sahaja , hanya menunggu tukang sapu sampah mencuci sampah-sampah tersebut. Sekurang-kurangnya kemas tapak anda, longgokkan sampah dalam beg plastik. Senangkan? Kita senangkan orang, orang akan senangkan kita balik.

pemeriksaan tong sampah oleh perbadanan sisa pepejal

Jadi semua orang harus berubah sikap dan mentaliti terhadap isu ini. Sebenarnya pihak sisa pepejal sudah melaksanakan program pengasingan sisa pepejal dan juga anda boleh didenda jika membuang sampah merata-rata.

Parking Sesuka Hati

Apabila anda hendak meletakkan kenderaan, pastikan supaya anda meletakkan kenderaan anda pada petak yang disediakan dan juga tidak mengganggu pengguna lain. Sesetengah rakyat Malaysia suka suka hati saja parking di mana sahaja yang mereka mahu tanpa menghiraukan orang lain.

parking di tempat oku makan space pula tu

Sebagai contoh apabila anda pergi ke pusat membeli belah yang mempunyai kawasan parkir yang luas. Anda boleh dapati pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu tersebut. Antaranya

  1. Meletak kenderaan di luar garisan yang telah disediakan.
  2. Meletak kenderaan secara bertindih / parking di belakang kenderaan orang lain tanpa meninggalkan no telefon yang menyebakan mangsa tidak dapat keluar.
  3. Mencuri parking orang yang lebih awal menunggu.
  4. Meletak kenderaan di tempat OKU ataupun keluarga yang mempunyai bayi.
  5. Meletak kenderaan rapat di antara kenderaan yang lain.
  6. Meletak kenderaan di ruang pejalan kaki.
  7. Meletak kenderaan berhadapan pintu pusat membeli belah yang di sahkan tidak mempunyai petak parking.
  8. Parking troli supermarket di ruang letak kereta. (pandai ambil troli , pandaikan diri untuk simpan balik! jangan tinggal begitu sahaja.)

letak troli ikut suka

Ubah mentaliti itu, orang zaman paleolitik yang kita belajar sejarah masa tingkatan 1 pun tidak buat kelaku begitu. Anda sudah berada pada abad ke 21, penuh dengan kecanggihan teknologi. Jangan teknologi maju ke hadapan tapi sikap dan mentaliti masih mundur ke belakang. Selepas ini, tolong ubah sikap dan jangan parking ikut suka hati sahaja. Jangan fikir nak senang saja dalam isu parking ini. 

Tidak Menghiraukan Isyarat Trafik

Sesetengah rakyat Malaysia masih lagi tidak menghiraukan lampu isyarat terutamanya lampu isyarat pejalan kaki. Rata-rata di kawasan sekolah mempunyai lampu isyarat untuk kanak-kanak melintas tetapi apabila lampu bertukar merah, ada kenderaan tetap bergerak melepasi lampu isyarat tersebut tanpa menghiraukan para pelintas. Bayangkan kalau orang melintas ketika lampu anda berwarna merah, apa yang akan berlaku kepada pelintas tersebut? Risikonya boleh jadi kemalangan maut yang akan berlaku. Jangan ambil mudah perkara ini kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Ikut isyarat yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini nanti.

keselamatan pejalan kaki

Di malaysia keadaan yang amat kerap berlaku dimana pelintas yang menggunakan lintasan belang terpaksa mengambil risiko yang tinggi dengan pemandu ketika hendak melintas jalan. Berilah laluan kepada pejalan kaki, ubah sikap anda. 

Sebenarnya tiada siapa yang boleh memandu masuk dan berhenti ke dalam petak kuning ini, melainkan anda dapat memandu terus keluar dari petak kuning itu tanpa memberhentikan kenderaan anda dalam petak kuning itu. Selalunya petak kuning di letakkan di persimpang antara lampu isyarat serta terdapat di balai polis, balai bomba, hospital dan beberapa tempat lagi. Jika anda berhenti di petak kuning, anda boleh menyebabkan kenderaan menjadi sesak dan kenderaan yang berada di dalam kecemasan tidak dapat keluar dari persimpangan tersebut.

berhenti di petak kuning

Tidak menjaga harta benda awam

Anda perlu menyedari dan harus mendidik anak-anak untuk memahami bahawa menjaga kemudahan awam adalah tanggungjawab kita bersama. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan berdisiplin, kita harus menyayangi harta benda awam seperti kita menyayangi harta benda kepunyaan kita sendiri.

Sebenarnya ,pelbagai cara dan kempen yang telah dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab dari perinkat sekolah hingga peringkat yang lebih tinggi semata-mata untuk mewujudkan rasa sayang dan menghormati harta benda awam. Kesedaran sivik di kalangan warga kita masih lagi rendah sehinggakan ada yang sanggup melakukan aktiviti vandalisme tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya. Contohnya kemudahan-kemudahan awam seperti telefon, meter letak kereta, taman rekreasi, tandas awam serta tempat perhentian bas yang telah dirosakkan dengan teruk. 

vandalism

Seharusnya kemudahan-kemudahan awam seperti ini anda perlu jaga dan gunakan sebaik mungkin kerana ia adalah hak awam dan menjadi kegunaan orang ramai. Tahukah anda? Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Jadi ubah sikap ini, jangan rosakkan harta benda awam sesuka hati anda.

Jika anda mahu lihat negara kita Malaysia mencapai tahap sebagai negara maju pada tahun 2020, anda sebagai rakyat mesti mengubah sikap dan pemikiran yang diselarikan dengan kesedaran kendiri agar mampu menghadapi sebarang perubahan serta mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran semasa.

klcc 485

Ubahlah mentaliti anda supaya menjadi kelas pertama kerana mentaliti kelas ketiga ditakrifkan sebagai kegagalan menggunakan kuasa berfikir sebenar ke tahap maksimum, seimbang dengan kedudukan pemikiran masyarakat yang boleh dianggap maju dan bertamadun. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)