Ibu berkerjaya seringkali mengalami dilema kerana jadual yang terlalu sibuk untuk menjaga atau meluangkan masa dengan anak-anak. Ramai yang akhirnya mengambil keputusan untuk membayar pembantu rumah atau pengasuh supaya boleh mengambilalih tugas di rumah.
Tetapi tahukah anda, pembantu rumah kebiasaannya bekerja 24 jam sehari dan jarang mendapat cuti? Ini bermakna merekalah yang lebih kerap berada di rumah berbanding ibu bapa anak-anak itu sendiri. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka lebih mengenali anak anda dan mengetahui segala rahsia si kecil.
BESARKAN TEKS A- A+
Tak percaya? Tonton video ini yang dirakamkan oleh sebuah organisasi di Singapura.
Walaupun anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak, sekurang-kurangnya habiskanlah masa yang berkualiti bersama mereka. Apabila anda pulang, ambilalih semula kedudukan anda sebagai seorang ibu. Memang penat, tapi berbaloi-baloi.