Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

"Abang, comel kan anak-anak kita. Seronok diorang sekali sekala mandi kolam," kata Julia.

"Awak buat apa tu?" tanya Norman.

Julia menunjukkan telefon pada suaminya, "tengah muat naik gambar diorang mandi kolam tadi kat Facebook."

"Awak tagged kawan-kawan kita tadi ke?" tanya Norman.

"Mestilah," balas Julia.

iluminasi pedofil ibu bapa3

BESARKAN TEKS     A-  A+

Norman bertanya lagi, "set privacy public photo ke private?"

"Kena public la bang. Ada juga kawan-kawan abang tadi yang saya bukan friend saya dalam Facebook tu," jawab Julia.

"Jue, kalaulah ada orang jumpa gambar anak kita tu, dia buat modal memuaskan nafsu dia macam mana?" tanya Norman.

"Isk abang ni. Diorang kan baru 5 tahun dengan 7 tahun. Takkanlah ada orang yang naik syahwat tengok budak-budak?" balas Julia berseloroh.

"Kalau ada?" tanya Norman balik.

"Teruk la orang tu, sick minded betul dia. Pedo. Mintak Allah jauhkan kita daripada orang-orang macam tu, takut saya dibuatnya," balas Julia.

iluminasi pedofil ibu bapa

Norman hanya tersenyum. "Awak yang dekat-dekatkan orang macam tu dengan anak-anak kita, Jue."

"Apasal saya pulak? Kalau betul orang macam tu wujud, dia lah yang patut dipersalahkan, kan? Dia yang tak normal," jawab Julia, mempertahankan diri.

"Tak. Kalau orang macam tu betul wujud, awak yang patut dipersalahkan sebab awak yang muat naik. Macam mana pun yang paling patut dipersalahkan sayalah, kalau saya tak halang awak upload gambar anak-anak kita dengan anak-anak kawan-kawan kita tu," kata Norman.

"Alahai bang. Mana ada orang nak bernafsu tengok gambar budak-budak ni bang," kata Julia, masih berdegil.

"Awak pasti?" tanya Norman.

"Sure!" jawab Julia pantas.

"Sure ni? Bukankah awak juga yang banyak cerita dekat saya masalah rogol anak bawah umur ni Jue," kata Norman tenang sahaja.

"Haha, you got me there," kata Julia sambil tertawa.

"Kalau ada yang buat, memang lah kita tak tahu tapi kita sebagai mak bapak yang muatnaik, takkanlah kita nak lepas tangan peranan dan tanggungjawab kita sebagai tukang yang upload, yang?" soal Norman.

Julia diam saja lalu berkata perlahan, "seronok-seronok je ni bang."

iluminasi pedofil ibu bapa4

"Seronok-seronok apa bendanya? Apasal ramai orang pompuan macam tu ha? Asal seronok-seronok aje tak berfikir panjang dah," kata Norman, keras.

"Tak baik awak cakap camtu bang," balas Julia.

Norman menggelengkan kepala. "Masyarakat kita ni pun, duk cerita pasal hak kanak-kanak, ada tak diorang bincangkan hak anak untuk halang ibu bapa muat naik gambar anak-anak kat media sosial?"

"Apa pulak ni bang?" tanya Julia.

"Ye lah, kita ni mak bapak suka-suka kita saja muat naik gambar anak kita, dedahkan diorang kepada bahaya yang kita sendiri tak tahu apa boleh berlaku. Untuk apa sebenarnya? Apa kita dapat? No, no, no, let me rephrase that. Apa yang awak dapat Jue?" tanya Norman.

Julia diam saja. Tak tahulah apa yang dia fikirkan.

"Semua orang buat la bang," kata Julia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)