Oleh pada 26 Sep 2018 kategori

Eksperimen sains bukan hanya perlu dijalankan di makmal. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah menggunakan barang-barang yang mudah didapati. Tidak kiralah ketika hari sedang hujan lebat, tiada idea untuk membuat sebarang aktiviti atau anda sememangnya seorang peminat sains tegar, berikut 10 eksperimen menyeronokkan yang boleh membantu anda (dan anak-anak anda) memahami prinsip asas biologi, kimia dan fizik dengan mudah:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Botol pengasing telur

Bahan yang diperlukan:

  • Telur mentah
  • Dua mangkuk atau pinggan
  • Botol air kosong

Bagaimana ia terjadi?

Apabila anda memicit botol, anda memaksa udara untuk keluar. Kemudian, apabila anda menghalakan muncung botol di atas telur kuning dan berhenti memicit botol, sedutan akan terhasil dan mengakibatkan udara dan telur kuning itu cepat-cepat mengisi kekosongan yang anda.

Tekanan udara di dalam botol adalah lebih rendah berbanding di luar, maka udara akan menolak telur kuning masuk ke dalam botol.

2. Eksperimen Oobleck

Bahan yang diperlukan:

  • Air
  • Tepung jagung
  • Mangkuk bersaiz sederhana besar
  • Pewarna makanan (optional)

Nota: eksperimen ini mungkin boleh menjadi agak berkecah, jadi pastikan anda memakai apron atau baju lama dan jalankan eksperimen di tempat lapang yang anda tidak kisah untuk membuat sepah seperti laman rumah.

Bagaimana ia dijalankan?

Oobleck, yang dinamakan bersempena buku Dr. Seuss iaitu "Bartholomew and the Oobleck" merupakan sejenis cecair bukan Newtonan. Ini bermakna, adakalanya apabila ia dituang, ia akan bertindak seperti cecair, namun apabila dikenakan sesuatu daya (seperti ditekan menggunakan tangan), ia akan bertindak seperti pepejal.

3. Meniup belon menggunakan cuka dan soda penaik

Bahan yang diperlukan:

  • Cuka
  • Botol dengan muncung tirus
  • Belon
  • Soda Penaik

Bagaimana ia terjadi?

Eksperimen ini menggunakan teknik sama yang sering digunakan untuk memberikan kuasa kepada model gunung berapi dalam eksperimen sains lain, namun anda tidak perlu bersusah-payah membina sebuah gunung berapi.

Apabila soda penaik dan cuka bercampur, ia akan bertindak balas dan menghasilkan karbon dioksida (CO2) yang akan meniup belon.

4. Menggunakan tindakan kapilari untuk mewarnakan bunga

Bahan yang diperlukan:

  • Bunga segar yang baru dipetik (boleh digantikan dengan saderi jika tiada bunga)
  • Gelas atau balang
  • Pewarna makanan
  • Gunting
  • Kesabaran (eksperimen ini kebiasaannya menunjukkan hasil dalam 4-6 jam. Adakalanya sehingga 24 jam)

Bagaimana ia terjadi?

Sebaik sahaja air diserap dalam batang, ia akan disejatkan melalui kelopak bunga dan daun melalui liang yang dipanggil stoma. Proses yang dipanggil transpirasi ini akan menyebabkan air berwarna itu mengalir melalui kelopak untuk disejatkan. Maka terhasillah warna bunga yang baru.

5. Memahami ketumpatan menggunakan air tin berkarbonat

Bahan yang diperlukan:

  • Air tin soda (biasa, diet dan kurang gula) yang belum dibuka
  • Bekas besar untuk mengisi air

Bagaimana ia terjadi?

Perbezaan ketumpatan antara air tin berkarbonat biasa dan diet disebabkan penambahan gula menyebabkan tin terapung dan tenggelam.

6. Beg plastik ajaib

Bahan yang diperlukan:

  • Beg plastik jenis Ziploc
  • Beberapa batang pensel yang diasah tajam
  • Air yang mencukupi untuk mengisi beg plastik

Nota: Eksperimen ini lebih afdal dilakukan dalam bilik air atau di bahagian sink kerana anda akan 'tergoda' untuk mencabut pensel dan menyebabkan air melimpah.

Bagaimana ia terjadi?

Beg plastik Ziploc dihasilkan menggunakan polimer yang fleksibel. Apabila ia ditebuk, plastik akan meregang dan menghasilkan lekapan yang kedap dan kuat di sekeliling pensel. Jadi, beg tidak akan bocor.

7. "Hantu" Tisu Terbang

Bahan yang diperlukan:

  • Belon yang sudah berisi angin
  • Tisu muka
  • Baju atau rambut untuk menggosok belon untuk menjana elektrik statik

Bagaimana ia dijalankan?

Belon akan digosok untuk menghasilkan cas negatif pada belon. Apabila belon didekatkan kepada tisu yang bercas positif, ia akan menarik tisu dan menyebabkan tisu "terbang."

8. "Tarian" kismis

Bahan yang diperlukan:

  • Kismis
  • Sebotol air berkarbonat
  • Gelas lutsinar

Bagaimana ia terjadi?

Buih-buih kecil karbon dioksida yang terdapat dalam air berkarbonat akan 'menangkap' kedutan dan lipatan yang terdapat pada permukaan kismis. Apabila buih ini melekap pada kismis, kismis akan menjadi lebih ringan dan terapung ke atas.

Apabila tiba di permukaan, buih akan meletup, kismis menjadi berat semula dan tenggelam ke dasar. Proses yang berulang-ulang ini akan membuatkan kismis kelihatan seperti menari dan bergerak-gerak dengan ajaib.

9. Putaran susu berwarna

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Pinggan atau mangkuk pakai buang
  • Susu penuh krim (cukup sekadar untuk menutupi bahagian dasar pinggan/mangkuk)
  • Pewarna makanan
  • Putik kapas
  • Sabun pencuci pinggan

Nota: Eksperimen ini juga mungkin boleh menyebabkan air berkecah. Jadi pastikan anda lakukannya di tempat yang sesuai.

Bagaimana ia terjadi?

Pewarna makanan adalah kurang tumpat daripada susu. Jadi, setiap pewarna yang dititiskan ke dalam pinggan/mangkuk akan terapung di permukaan. Walau bagaimanapun, penambahan sabun pencuci pinggan menggunakan hujung putik kapas akan memecahkan permukaan itu dengan melarutkan molekul lemak susu. Pewarna kemudian akan mula bergerak ke seluruh permukaan susu kerana cuba menjauhkan diri daripada sabun.

Seronok kan? Selamat bereksperimen!




Hakcipta iluminasi.com (2017)