Jika anda baca buku psikologi, kajian menunjukkan yang terdapat perbezaan cara anak-anak memandang situasi di mana ketiadaan bapa atau ibu kerana urusan kerja, sebagai dua perspektif berbeza. Kanak-kanak yang tidak bersama dengan ibunya akan merasakan kesannya dari segi aspek fizikal dan juga mental. Untuk bapa pula, apabila bapa tiada, kanak-kanak menganggap yang "bapanya tiada secara fizikal" dan setakat itu sahaja, bapak tak ada. Dia tak akan cari ayah dia untuk penuhi keperluan emosi. Ini kajian ye. Kalau anda rasakan tak kena dengan apa yang anda lalui, normallah tu.
BESARKAN TEKS A- A+
Adakah itu membuktikan peranan bapa kurang penting berbanding seorang ibu?
Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara yang melibatkan 200 orang responden bapa menunjukkan terdapat wujudnya jurang di antara keperluan keberkesanan watak seorang bapa dan kekangan yang wujud hasil dari cara hidup yang ditentukan oleh waktu kerja.
Hasil dapatan kajian menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh bapa dengan anak-anak boleh diringkaskan kepada beribadah, makan bersama, melancong, menonton televisyen dan menonton wayang bersama. Aktiviti membaca tidak berapa ditekankan oleh pihak responden kerana aktiviti itu jatuh di dalam kategori jarang-jarang dilakukan.
Lebih dari separuh bapa yang terlibat (60%) menjelaskan yang masa yang mereka luang untuk anak mereka adalah di bawah 4 jam, sementara hanya 25% meluangkan masa lebih dari 4 jam. Lagi 15% aku tak pasti pula, mungkin tak jumpa anak langsung.
Yang memilukan, 52% daripada responden berpendapat masa yang mereka luangkan untuk anak tidak mencukupi. 43.5% berpendapat masa yang mereka luangkan mencukupi. Hanya 4% berpendapat waktu yang mereka luangkan dengan anak lebih dari mencukupi.
Itu statistik dalam negara berdasarkan satu kaji selidik ringkas. Jika kita cuba lihat statistik yang lebih besar mengenai peranan bapa kepada anak-anak, kita perlu lihat satu kajian di Britain yang menggunakan data dari 11 ribu orang responden. Aku tak boleh bayang macam mana nak rumuskan data tu, hahaha. Gila. Dah la kajian dari tahun 1958 hingga tahun 2008 baru tamat.
11 ribu orang responden bercampur lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 1958 diminta memberikan maklumbalas berkenaan peranan bapa dalam kehidupan mereka melalui beberapa peringkat hidup dan hasil maklumat diterbitkan pada tahun 2008. Terdapat beberapa kesimpulan boleh dibuat dari hasil kajian tersebut.
Kesan pengaruh positif seorang bapa masih akan kelihatan pada seseorang anak sehingga seseorang berumur 42 tahun. Maksudnya, pengaruh bapa masih akan memainkan walaupun anak itu sendiri dah jadi bapa. Purata IQ seseorang yang bapanya memberikan kesan positif kepada hidup mereka lebih tinggi berbanding yang tidak dihiraukan bapa.
Perlu ditekankan di sini, kebanyakan responden yang mempunyai hubungan yang baik dengan bapa, akan mempunyai kemahiran sosial dan kemampuan berdikari yang lebih tinggi berbanding mereka yang diabaikan oleh bapa mereka. Responden yang berjaya dalam hidup dan kerjaya kebanyakannya mempunyai bapa yang berdedikasi dan selalu meluangkan masa ketika mereka kecil.
Apa yang kita boleh belajar di sini?
Bila seorang bapa terlalu sibuk nak melabur saham dunia semata, mencari kekayaan kerana terlalu taksub nak "jadi mampu" untuk bagi apa yang anak nak, akan menyebabkan seorang anak tak dapat apa yang dia patutnya dapat. Anda mungkin mampu bagi dia bilik dengan perabot lengkap selesa dan set ensiklopedia yang mampu ajar dia macam-macam benda, tapi jika kita sebagai bapa terlepas waktu di mana kita "perlu ada," duit berjuta pun takkan mampu beli balik masa yang dah tak ada.
Kiralah sendiri berapa banyak waktu kita luang untuk anak kita. Cukup? Tak cukup? Melebihi? Ngam-ngam? Bila kau dah jadi bapak kau tau, yang pada anak, tak pernah boleh kita yang rasa cukup, kerana anak takkan pernah rasa cukup masanya dengan kita.
"Fixing a broken adults is harder than creating a good child," pesan orang barat.