Oleh pada 05 Mar 2018 kategori

Pasti ramai ibu bapa yang buat pertama kalinya dalam hidup mereka berasa susah hati dan menghadapi masa yang sukar apabila menerima kelahiran anak yang kedua. Ini adalah kerana anak pertama yang selama ini dibelai, diberikan sepenuh perhatian sepanjang masa, secara tiba-tiba semua itu telah 'dicuri' oleh bayi yang baru lahir. Jadi bagaimana para ibu bapa boleh hadapi situasi ini dengan cara terbaik? Kami kongsikan sedikit tips untuk memudahkan urusan ibu bapa di luar sana.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Permasalahan

Anak pertama menunjukkan sikap terlalu cemburu terhadap bayi yang baru lahir. Anak pertama ini dengan jelas marah kerana aliran hidup yang dinikmati telah 'diganggu' dengan perhatian terhadap bayi yang baru. Bagaimana masalah ini boleh diringankan?

anak tak mahu ada adik

Fikirkan Ini Terlebih Dahulu

Sebelum kehadiran bayi tersebut ke dalam keluarga anda, anak pertama telah diberitahu bahawa beliau akan mempunyai seorang adik yang comel untuk bermain bersama, dan ia sesuatu yang menyeronokkan. Kemudian apabila bayi dilahirkan, anak pertama akan berfikir, "Adakah ini satu gurauan? Bayi yang kecil dan kemerah-merahan yang mengambil semua masa dan perhatian ibu bapanya dikatakan sesuatu yang menyeronokkan?"

Beliau kemudian 'bermain' dengan bayi tersebut dengan caranya yang tersendiri. Beliau bermain lontar dan tangkap. Anda memarahinya kerana melontar permainan kepada bayi. Beliau bermain 'sorok-sorok', anda memarahinya supaya tidak menutup bayi dengan selimut. Beliau memeluk bayi, anda menegurnya supaya lebih berhati-hati. Jadi tidakkah anak pertama ini akan berasa keliru?

persiapan psikologi kepada anak kecil menerima adik

Ajarkan Mereka

Fokus utama anda adalah untuk melindungi bayi anda. Kedua, untuk mengajar anak pertama bagaimana untuk 'berkomunikasi' dengan ahli keluarga yang terbaru ini dengan cara yang lebih sesuai. Anda boleh mengajar beliau untuk bermain dengan bayi tersebut dengan cara yang sama anda mengajarnya perkara-perkara lain. Bercakap dengannya, tunjukkan bagaimana caranya, didik dan berikan galakkan.

Sehinggalah anda berasa yakin anda telah berjaya dengan fokus anda yang kedua, namun jangan sesekali tinggalkan kedua-dua beradik ini bersendirian. Ia mungkin kurang menyelesakan tetapi ia adalah suatu kemestian.

anak kecil cemburu kepada bayi

Dampingi Mereka

Setiap kali anak-anak ini bersama, dampingi mereka dengan sebaik mungkin. Jika anda dapati mereka mula 'bercakaran', ambil bayi anda dan alihkan perhatian yang lebih tua dengan lagu, permainan, aktiviti atau makanan. Tindakan ini akan melindungi bayi dan pada masa yang sama menolong anda menghindari sebarang sebarang perlakuan agresif.

Ajarkan sentuhan-sentuhan yang lembut: Ajar anak yang lebih tua bagaimana hendak membelai bayi, dan memujinya di atas apa yang telah beliau lakukan. Ini akan membolehkan mengajar mereka bagaimana untuk 'melayan' bayi dengan cara yang positif.

cemburu abang kakak kepada adik adiknya

Peka dan Bertindak Pantas

Setiap kali anda dapati anak anda memukul, atau bertindak kasar terhadap bayi, anda perlu bertindak dengan cepat. Anda mungkin boleh berkata, "Tidak boleh pukul, cukup." Letakkan mereka di kerusi atau di mana-mana sahaja yang sesuai dan beritahu mereka, "Kamu boleh bangun jika kamu tidak melakukan sebarang perkara yang tidak elok."

Benarkan mereka untuk bangun atau bergerak dari sana jika mereka mahu - asalkan mereka tidak membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat terhadap bayi. Ini bukanlah denda, sebaliknya untuk menolong mereka belajar sebarang tindakan yang kasar adalah tidak dibenarkan.

abang bermain bersama adik

Tunjukkan Contoh Yang Baik

Kanak-kanak belajar dari apa yang mereka lihat. Anak anda yang lebih tua akan melihat ketika anda menguruskan bayi anda dan belajar dari apa yang anda lakukan. Anda adalah guru yang paling penting kepada anak anda. Anda akan menjadi contoh dalam apa jua yang anda lakukan, dan anak anda akan banyak belajar dengan melihat setiap perlakuan anda.

kakak cemburu kepada bayi

Memberikan Pujian dan Penghargaan

Setiap kali anda melihat anak anda melayan bayi dengan baik, berikan komen yang positif. Jadikan mereka tahu dan sedar tentang kepentingan 'abang atau kakak.' Peluk dan cium anak anda dan beritahu mereka betapa anda bangga dengan mereka.

abang cemburu kepada adik

Jaga Setiap Tutur Kata

Jangan salahkan bayi dalam apa jua situasi. "Kita tak boleh pergi ke taman, adik sedang tidur." "Diam, kamu akan kejutkan adik kamu." "Lepas tukar lampin adik, ibu akan tolong kamu." Pada tahap ini, anak anda akan menyalahkan bayi anda sepenuhnya.

Sebaliknya, cuba gunakan alasan yang lebih sesuai: "Ibu sibuk sikit sekarang, kita pergi selepas makan tengahari." "Ibu akan tolong kamu sekejap lagi." Sokong mereka: Ambil tahu perasaan anak anda yang tidak diluahkan, seperti "Banyak yang akan berubah dengan kehadiran bayi ini. Lama-lama nanti biasalah."

Pastikan komen-komen anda adalah neutral. Jangan katakan, "Kamu benci adik kamu ya." Sebaliknya, katakan "Mesti kamu susah hati ibu banyak habiskan masa dengan adik kamu." Atau "Ibu rasa kamu mesti mahu pergi ke taman sekarang walaupun adik kamu belum bangun." Bila anak anda tahu anda memahami perasaannya, mereka mungkin tidak akan bertindak melakukan sesuatu untuk dapatkan perhatian anda.

kakak cemburu kepada adik kecil

Curahkan Kasing Sayang

Tingkatkan cara anda tunjukkan rasa sayang anda terhadap anak yang lebih tua. Kerap katakan "ibu sayang kamu," kerapkan memeluk mereka, dan cari sedikit masa untuk layan mereka membaca atau bermain.

Masalah perubahan sikap atau pemberontakan sementara adalah perkara biasa, dan bagaimana ia boleh dikurangkan dengan lebih perhatian atau masa? Libatkan mereka: Ajar anak yang lebih tua bagaimana untuk menolong anda menguruskan bayi, atau bagaimana mahu hiburkan bayi. Biar anak anda buka hadiah untuk bayi dan gunakan kamera untuk mengambil gambar bayi.

Ajar juga mereka bagaimana memakai stokin atau sarung tangan bayi, biar mereka sapukan bedak kepada bayi. Puji dan sokong mereka bila-bila sahaja yang anda rasakan perlu.

tiada sengketa diantara anak anak

Biar Semua Rasa Istimewa

Elakkan membuat perbandingan antara mereka, walaupun hanya hal yang kecil seperti berat ketika lahir, bila mereka mula merangkak atau berjalan dan siapa yang mempunyai rambut yang lebih lebat! Kanak-kanak mampu memahami komen-komen sebegini dan memberikan reaksi.

Bertenang dan jangan bertindak melulu. Ini adalah masa untuk sedikit 'pengubahsuaian' dalam keluarga anda. Kurangkan aktiviti sampingan, jaga kebersihan dan keselesaan di rumah, dan fokus kepada keperluan utama anda, iaitu membiasakan diri dengan 'perubahan' baru dalam keluarga.

Rujukan: Child Development




Hakcipta iluminasi.com (2017)