Kredit foto: Instagram Sheila Majid
Imej penyanyi, Datuk Sheila Majid, mencuri perhatian umum pada malam Sabtu.
Menerusi laman Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran itu memuat naik fotonya dengan imej berhijab bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa Tun M, memohon doa agar tokoh negara itu dilindungi selain beroleh kesihatan yang baik.
Kredit foto: Instagram Sheila Majid
"Alhamdulillah dapat berbuka puasa dan berterawih dengan Tun Mahathir lagi. Kelihatan baik, Tun! Semoga Allah SWT memberkati anda dengan kesihatan yang baik serta menjaga anda dengan selamat. #jangancemburu" tulisnya di kapsyen.
Meskipun tidak menyatakan itu adalah imej terbaharunya, namun rata-rata peminat di media sosial mengagumi penampilan terbaru ratu Jazz negara itu.
Kebanyakan netizen mendoakan Sheila terus istiqamah dengan penampilannya itu.
Kredit foto: Instagram Sheila Majid
Selain itu, Sheila yang berjubah dan bertudung hitam pada majlis itu, turut mengabadikan foto bersama isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Sementara itu, bintang berusia 53 tahun ini disaran peminat supaya menyanyikan lagu khas buat Tun M sebagaimana dia pernah mendedikasikan lagu berhantunya, Lagenda buat Tan Sri P Ramlee.