Kredit foto: Sinar Harian & Instagram Tun Mahathir

Minggu lalu, pelawak Saiful Apek mendedahkan kekecewaannya apabila terasa diri tidak lagi mendapat perhatian rakan-rakan dalam industri seni tanah air.

Kenyataan itu ditulis susulan tindakan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang memberi reaksi 'tanda suka' terhadap komen dan ucapan yang dilontarkan beliau sempena ulang tahun ke 93 negarawan itu.

hanya tun m pedulikan saiful apek 2

Kredit foto: Instagram Saiful Apek

"Penghargaan dan bangga! Walaupun semakin ramai industri dan rakan-rakan artis yang sudah tak peduli tapi Tun M masih perasan saya. Syukur Alhamdulillah," tulisnya dalam kapsyen Instagram.

Namun, pendapat Saiful disangkal sama sekali oleh beberapa selebriti yang beranggapan dirinya masih releven dalam dunia hiburan masa kini.

Mereka termasuklah penyanyi Ameng, Bell Ngasri, Pekin dan Shiha Zikir yang tampil meninggalkan komen mengatakan pelawak yang pernah menjulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 itu mempunyai kedudukan tersendiri berdasarkan pencapaian yang pernah dilakarkannya.

Terkesan dengan nasib yang diluahkan Apek yang berusia 49 tahun itu, masing-masing menyuarakan ucapan semangat agar dia tidak berasa keseorangan.

Komen rakan artis itu kemudiannya menerima reaksi beliau yang mengucapkan terima kasih atas sokongan dikongsi.

Apek bagaimanapun meluahkan kesyukuran kerana masih ada teman seperjuangan yang memberikan perhatian kepadanya.

hanya tun m pedulikan saiful apek 3

Kredit foto: Instagram Saiful Apek

"Setiap kali bila ditimpa musibah dan ujian, takde siapa yang bagi 'dana', lebih-lebih lagi dalam bentuk wang, biasanya dia orang (minoriti) bagi 'dono' je.

"Namun saya tetap sabar, syukur dan istiqomah sebab saya kaya dengan 'dana doa'. Selain dari penyokong-penyokong, inilah petikan kata-kata dan doa dari famili 'Insan Seni' yang banyak memberi saya kekayaan dunia dan akhirat," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)