Oleh pada 28 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Chef Wan

Cef selebriti, Chef Wan mendedahkan momen ketika dia dijemput Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) untuk minum teh bersama di meja utama baru-baru ini.

Melalui Instagram, Chef Wan memberitahu keterujaannya berbual dengan Tun M serta menyifatkan jemputan itu sebagai sesuatu yang menawan hati.

Chef Wan kemudian menggunakan peluang yang ada untuk berinteraksi dengan negarawan itu mengenai hal pelancongan hinggalah ke dunia masakan.

Beliau turut menulis bagaimana dirinya diusik Tun M yang mahu dia menjaga berat badan supaya tidak dilanda sakit memandangkan khidmatnya terhadap negara amat diperlukan.

chef wan dedah bagaimana tun m usiknya di meja makan 2

Kredit foto: Instagram Chef Wan

"Chef Wan ni tang mana boleh jadi artis ni.. Awak sepatutnya berada di dapur kan.

"Tolong jaga berat awak. Saya tidak mahu awak sakit kerana negara ini memerlukan awak," dedah Chef Wan menerusi Instagram miliknya, @_chefwan58.

Rata-rata pengikutnya bersetuju bahawa cef selebriti itu perlu menitikberatkan aspek kesihatan kerana dia disifatkan sebagai seorang yang istimewa di negara ini.

"Moga Allah panjangkan usia Chef Wan dan diberikan kesihatan. Satu-satunya.. tiada siapa boleh ganti di masa akan datang," tulis seorang netizen.




Hakcipta iluminasi.com (2017)