Kredit foto: sayangsabah.com & Beautifulnara

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, melahirkan rasa kagum dengan keberanian yang ditunjukkan aktres Fathia Latiff dalam menyuarakan pendapatnya.

Kata Tun M, Fathia tegas menyatakan pandangannya berkaitan isu politik semasa dalam negara untuk kebaikan semua pihak.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam sebuah rakaman video yang menjadi tular.

Sementara itu, Fathia menerusi laman Instagram meluahkan rasa sebak atas penghargaan tersebut.

Dalam masa sama, Fathia berharap rakyat Malaysia tidak melupakan jasa yang pernah diberikan Tun M sewaktu bergelar Perdana Menteri dahulu hingga membuatkan negara kita dikenali di mata dunia.

fathia latiff bersuara lantang isu politik ini respon tun mahathir 2

fathia latiff bersuara lantang isu politik ini respon tun mahathir 3

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Terdahulu, Fathia menjadi mangsa kecaman netizen di laman Twitter kerana sering bersuara lantang tentang isu politik.

Ada yang mendakwa tindakan aktres itu hanya ingin mendapatkan publisiti murahan kerana sudah kurang tawaran berlakon gara-gara beberapa kontroversi hangat yang ditimbulkannya dahulu.

Sumber berita: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)