Oleh pada 09 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Elizad Sharifuddin & Mstar

Aktres Siti Elizad mengakui terbuka menerima tawaran menggantikan Uqasha Senrose dalam rakaman program Bocey And Friends Raya yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang pada Ahad.

Menurut Elizad, dia mendapat perkhabaran aktres itu tidak dapat hadir pada saat akhir, justeru pihak produksi memerlukan pelakon 'bidan terjun'.

"Ketika dalam perjalanan pulang dari mengambil barang di FINAS, saya dihubungi wakil produksi dan menawarkan saya untuk terbabit dalam program ini.

"Memandangkan ia pada saat akhir, saya bertanya kena ganti siapa. Jadi, mereka maklumkan perlu menggantikan Uqasha atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Kebetulan tidak ada kerja lain, jadi saya okey saja. Dalam masa sama, mereka minta tolong," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, pada awalnya dia tidak mengetahui punca sebenar Uqasha gagal memberikan komitmen.

terpalit isu dadah siti elizad gantikan uqasha senrose 2

Kredit foto: Facebook Elizad Sharifuddin

"Saya bukan jenis nak ambil tahu apa masalah orang. Namun, sewaktu menunggu rakaman berlangsung saya terbaca laporan berita mengenai Uqasha di laman Twitter.

"Dari situ baru saya tahu alasan utama dia tidak dapat hadir. Selepas itu, baru pihak produksi maklumkan perkara sebenar," katanya.

Elizad mengakui terkejut apabila pelakon yang dikenali secara peribadi itu ditahan polis.

Begitupun, dia memilih untuk tidak campur tangan kerana menganggap bukan haknya untuk bersuara.

"Walaupun saya mengenali Uqasha, tapi saya tidak ada hak untuk mengulas atau beri komen. Apa yang berlaku adalah masalah peribadi. Saya doa yang terbaik saja," katanya.

Terdahulu, Uqasha ditahan polis selepas disyaki membawa enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 pada Ahad.




Hakcipta iluminasi.com (2017)