Kredit foto: Instagram Gabriella Robinson & thesundaily.my
Beberapa hari lalu dunia hiburan digemparkan dengan tindakan tunang Hans Isaac, Gabriella yang memadam kesemua foto Hans di laman Instagramnya.
Ia bagai memberi petanda akan sesuatu yang buruk sedang melanda perhubungan pasangan ini.
Kredit foto: Instagram Gabriella Robinson
Enggan tindakannya disalahtafsir, Gabriella akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menurut Gabriella, dia kini sedang mengemaskini akaun laman sosial tersebut untuk tujuan perniagaan.
Saya memutuskan untuk membuka akaun Instagram baharu, khas untuk keluarga dan teman rapat, manakala akaun sedia ada dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi perkara berkaitan kerja yang dilakukan. Saya mahu mengasingkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.
Sumber: BH Online
Hans ketika ditanya tentang dakwaan itu mengakui berasa terkejut apabila banyak pihak membuat spekulasi tanpa bukti yang kukuh.
Kredit foto: Instagram Hans Isaac
Saya terkejut apabila menerima banyak panggilan 'missed call' dan WhatsApp daripada media yang bertanyakan mengenai perkara ini. Kami masih lagi bersama.
Sumber: BH Online
Terdahulu, pada 28 Februari lalu Hans mengadakan majlis sidang media khas untuk mengumumkan pertunangannya bersama Gabriella kepada umum. Perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Julai lalu ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.