Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

Penulis pernah tinggal di Australia, dan Australia dikatakan antara negara yang paling rasis di dunia. Mulanya penulis tidak memahami gambaran sebenar, namun setelah menetap lama, barulah penulis perasan. Namun, macam negara-negara lain, tak semua orang Australia begitu.

Orang Australia kulit putih agak rasis terhadap agama Islam dan orang Asia, dan mereka menyuruh orang Islam dan Asia supaya balik ke negara sendiri. Mungkin terlalu banyak populasi Asia di Australia termasuklah Malaysia, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam dan banyak lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun apa yang penulis berasa pelik mereka juga melakukan tindakan perkauman terhadap aboriginal (orang asli) di Australia. Kalau diikutkan, mereka sebenarnya yang menumpang di Australia yang merupakan tanah tempat tinggal orang Asli. Ini sedikit sejarah berkenaan bagaimana Australia boleh menjadi negara kulit putih seperti sekarang.

Sejarah awal tanah Australia

orang asli australia

Benua Australia ini sebenarnya sudah didiami oleh manusia 40,000 hingga 60,000 tahun dahulu. Etnik yang pertama sampai dan tinggal di Australia adalah Aboriginal dan juga orang pulau Torres Strait. Orang asli Aboriginal ini berasal kepulauan Indonesia menggunakan bot dan telah hidup di serata Australia.

australia aboriginal

Hidup mereka amat ringkas dan mudah, dengan memburu dan menangkap ikan, itu sudah mencukupi bagi mereka untuk meneruskan hidup. Mereka juga mencipta boomerang dan tombak bagi tujuan memburu, namun mereka tidak bercucuk tanam dan bagi mereka, tradisi merupakan sesuatu yang sangat dititikberatkan.

Mereka mempunyai agama yang dipanggil "Dreaming" yang mempercayai kejadian bumi dan alam ini melalui roh spirit. Mereka juga mengamalkan seni lukisan sekurang-kurangnya 30,000 tahun dahulu dan terdapat banyak lukisan mengenai Dreaming dilukis pada dinding dan potongan batu di serata Australia. Alat muzik seperti didgeridoo juga merupakan hasil ciptaan orang Asli.

Kedatangan pelayar Barat ke Australia

james cook

Kapten James Cook

Pelayar British, Kapten James Cook telah sampai di pantai timur Australia yang subur dan menamakan tanah itu sebagai New South Wales (negeri). Beliau juga mengisytiharkan New South Wales milik Britain. Pada tahun 1814, Matthew Flinders, seorang warga British telah menerbitkan peta untuk benua itu dan menamakannya Australia (daripada perkataan Terra Australis yang bermaksud "tanah selatan" dalam bahasa Latin) buat kali pertama yang mana digunakan oleh pihak berkuasa.

Disebabkan penemuan tanah itu oleh Kapten Cook, kerajaan British bercadang untuk menjadikannya sebagai penjara koloni kerana ketika itu mereka tidak dapat menampung banduan (mencuri dan kesalahan lain) disebabkan penjara mereka yang penuh serta kehilangan koloni Amerika yang telah merdeka.

Banduan dibawa menggunakan kapal ke Australia

arthur phillip

Kapten Arthur Phillip

Pada tahun 22 Januari 1788, Kapten Arthur Phillip telah menaikkan bendera British menandakan tibanya mereka di teluk Sydney Cove yang membawa 751 banduan dan 252 tentera laut bersama-sama keluarga mereka. 12 tahun kemudian, tiba lagi 2 kumpulan banduan pada tahun 1790 dan 1791, manakala kumpulan peneroka bebas tiba pada tahun 1793.

laluan penghantaran banduan pertama

Laluan menghantar banduan kumpulan pertama

Dari tahun 1788 sehingga 1823, tanah koloni New South Wales merupakan tanah jajahan dijadikan penjara untuk menghukum banduan yang rasmi yang kebanyakannya terdiri daripada banduan, tentera dan isteri-isteri tentera.

banduan 590

20% daripada banduan ini adalah wanita dan mereka ini bersama-sama wanita bebas yang mencari kerja dihantar ke "kilang perempuan" yang menghasilkan tekstil. Sejumlah 162,000 orang banduan telah dibawa ke Australia dari tahun 1788 sehingga 1868. 20% daripada banduan-banduan ini adalah wanita. Kapten Arthur Phillip dilantik sebagai Gabenor pertama yang memerintah New South Wales.

Sistem buruh memajukan tanah jajahan British

kerja buruh oleh banduan di australia

Sistem buruh

Gabenor Phillip kemudiannya menemukan satu sistem buruh yang mana banduan tidak mengira kesalahan diambil bekerja mengikut kemahiran masing-masing antaranya seperti pembuat bata, tukang kayu, jururawat, hamba, pengembala dan petani. Banduan yang berpendidikan diberi kerja menyimpan rekod bagi pentadbiran banduan manakala banduan wanita dianggap paling baik dan berguna sebagai isteri dan ibu, yang mana perkahwinan membebaskan mereka serta merta dari kerja buruh.

Sistem buruh semakin maju menjelang 1810 dan mengembangkan koloni British. Banduan-banduan ini bertanggungjawab dalam pembinaan fasiliti awam seperti jalanraya, mahkamah, hospital dan banyak lagi. Mereka juga bekerja untuk peneroka bebas serta pemilik tanah kecilan.

ladang di australia

Ladang di Australia

Kehidupan awal agak sukar kerana kekurangan sumber makanan namun ladang-ladang telah dibina kemudiannya. Bandar-bandar mula terbina dan semakin maju serta perniagaan benang bulu biri-biri yang dihasilkan memberikan pulangan lumayan. Menjelang 1822 Sydney mula dilawati oleh orang-orang dari bandar lain dan menjadi sumber ekonomi tambahan.

Perkembangan tanah jajahan British di Australia

tanah australia

Peta Australia di awal jajahan oleh British

Koloni di Hobart telah ditubuhkaan pada tahun 1803 apabila George Bass dan Mathew Flinders berlayar ke selatan Tasmania, manakala Sungai Murray dan tanah yang dinamakan sebagai Victoria (negeri) kini telah diterokai oleh Hamilton Hume dan William Hovell yang mengembara dari Sydney menuju ke selatan.

pembahagian tanah australia 101

Pembahagian negeri-negeri di serata Australia

Menjelang 1826, sebuah kem tentera kecil telah ditubuhkan di Kong George Sound di negeri Western Australia (negeri). Pada tahun 1829, koloni Swan River telah ditubuhkan dan wujudnya bandar Fremantle dan Perth. 7 tahun kemudian satu koloni peneroka bebas telah ditubuhkan di South Australia (negeri) yang bebas daripada banduan Inggeris dan pada 1859 tertubuhnya Queensland (negeri) dan merupakan koloni berasingan.

adelaide 1839

Adelaide, South Australia pada 1839 yang bebas dari banduan

Orang Asli di Australia telah diusir keluar daripada tanah mereka setelah bandar-bandar dan ladang-ladang kain berkembang ke seluruh Australia. Ramai di antara mereka telah dibunuh manakala yang lain mati akibat kelaparan dan penyakit. Akhirnya, jumlah orang asing dari Eropah telah melebihi populasi orang Asli Australia menjadi seperti pendatang di tanah sendiri.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai cerita sejarah tertubuhnya Australia dan kedatangan British ke tanah orang Asli. Entah kenapa mereka begitu gah mendabik dada menghalau orang asing keluar dari Australia sedangkan mereka sendiri merupakan pendatang. Sama seperti kita di Malaysia, tak perlu halau orang asing keluar, kerana semua tanah di bumi ini milik Allah. Kita semua pendatang.

Wallahualam.

Rujukan :

Convicts and the British colonies in Australia

History of Australia




Hakcipta iluminasi.com (2017)