Jackson (bukan nama sebenar) ialah seorang lelaki yang dihukum penjara selama setahun kerana kes rompak yang dilakukannya.Sepanjang hidupnya di penjara, tiada sesiapa pun yang menjenguk atau melawatnya.
Walaupun ramai banduan-banduan lain di penjara itu dikunjungi sahabat handai dan keluarga dengan membawa pelbagai makanan yang enak, Jackson hanya menulis surat kepada ibu bapanya dengan menyatakan dia tidak perlukan apa-apa, cukup sekadar mereka datang mengunjunginya kerana terlalu rindu kepada mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, setelah lama menanti, tiada sesiapa pun yang datang, malahan suratnya juga tidak pernah berbalas. Dia langsung tidak tahu apa situasi di rumahnya hingga dia merasakan bahawa ibu bapanya mungkin sudah tidak lagi sayang padanya.
Sehinggalah pada suatu hari, Jackson dan beberapa lagi banduan lain yang bercadang ingin lari dari dari penjara, ada seseorang yang datang padanya dan berkata " Jackson! Ada orang ingin bertemu dengan kau!". Teruja dengan berita itu, dia membatalkan hasrat untuk lari dan berjumpa dengan orang yang dimaksudkan itu.
Tidak lama kemudian, dia terlihat kelibat ibunya yang tampak letih dan dimamah usia. Sejurus itu ibunya terus menangis dan berkata "Nak, maafkan ibu dan ayah. Suratmu dah lama kami terima dan tidak sikit pon kami benci kepada kamu.
Cuma sekarang ayahmu sedang sakit dan ibu tiada pilihan selain menjaganya setiap hari. Maafkan ibu ya." Seorang daripada pegawai penjara yang berdekatan dengan mereka kemudian menghentikan perbualan dua beranak ini dan memberikan semangkuk mi panas kepada ibu tua yang tidak bermaya itu.
"Mak cik, nah makan sedikit, nanti boleh sambung berbual" tetapi ditolak dengan baik oleh ibu itu, " Eh tak perlu..saya tak sedap hati.."
"Mak cik, ibu saya pun lebih kurang sebaya dengan mak cik. Saya tersentuh melihat kesungguhan mak cik untuk datang melawat anak mak cik, jadi anggaplah mi ini adalah hidangan dari anak mak cik sendiri"
"Baiklah.. Terima kasih ya.."
Ibu Jackson pun menikmati juadah itu dan ternyata dia kelihatan sangat lapar seperti sudah beberapa hari tidak makan.
Setelah selesai makan, Jackson bertanya kepada ibunya, " Ibu, apa yang berlaku kepada kaki ibu? Di mana kasut ibu?" Lalu jawab ibunya " Ibu berkaki ayam ke sini nak, kasut ibu sudah lama rosak."
Ternyata ibu tua ini berjalan kaki tanpa sebarang alas hanya untuk bertemu anak kesayangannya! Jarak pejalanan beratus kilometer yang bergunung-ganang hanya kerana puteranya. "Kenapa ibu tak naik teksi dan kenapa tak beli kasut yang baru?" Soal Jackson lagi ingin tahu.
"Tak perlu lah naik teksi, berjalan kan lebih sihat. Lagipun, keadaan di rumah kita sekarang tidak begitu bagus, haiwan ternakan banyak mati terkena penyakit, dan ayahmu juga tidak sihat, perlukan wang yang banyak untuk rawatannya. Maafkan ibu ya, harap kamu tidak salahkan kami." Jelas ibunya panjang lebar.
Dalam menahan sebak Jackson bertanya lagi " Sekarang bagaimana keadaan ayah, ibu?"
Seketika ibunya hanya diam sambil mengesat air mata yang mula berlinangan, "Ayah baik-baik saja, dia berpesan kepadamu supaya tidak mengalah, dan cuba untuk berubah menjadi orang yang lebih baik,"
Tidak lama selepas itu ketika waktu melawat sudah tamat, pegawai yang memberi makanan tadi menghantar pula satu bungkusan bersama dengan satu sampul kepada si ibu. "Mak cik, ini sedikit buah tangan dari kami, belilah kasut baru sebelum pulang supaya mak cik tak jatuh sakit, jika tidak pasti Jackson bertambah sedih."
"Maaf ya tapi mak cik tak boleh terima. Cukuplah sekadar kamu menja anak mak cik dengan baik sepanjang dia di sini. Jika mak cik terima, bertambah besar hutang budi mak cik.."
Lalu dibalas lagi oleh pegawai itu " Mak cik, tak mungkin seorang anak sanggup untuk melihat ibunya menderita. Dan jika saya sanggup hanya melihat seorang ibu tua berjalan jauh tanpa memakai kasut tanpa menghulurkan bantuan, jika ibu saya masih hidup dia juga pasti tidak akan maafkan saya."
Jackson menangis teresak-esak setelah menyaksikan situasi itu sambil dipimpin kembali ke sel penjaranya. Pegawai itu memujuknya dengan berkata " Tak usah bersedih lagi, ibumu sanggup bersusah-payah untuk ke sini melihat anak kesayangannya, sepatutnya kamu senyum gembira dengan pengorbanan itu. Benarkan saya membantu kamu untuk membuka bungkusan yang telah ibumu sampaikan sebelum dia pulang tadi." Sejuruh melihat isi bungkusan tersebut, mereka kelihatan amat terkejut.
Bungkusan yang pertama berisi kuih pau dan roti yang sudah agak keras beserta dengan secebis surat yang tertulis "Anakku, maafkan ibu ya, cuma ini sahaja yang mampu ibu bawa dan beri kepada kamu, kerana di rumah kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Ibu cuma mapu memohon sedekah dari orang-orang yang menjual semua ini untuk kamu makan."
Manakala di dalam bungkusan kedua pula, terdapat sebuah peti kayu yang didalamnya berisi abu. Berderai air mata Jackson lalu dia terus meminta kepada pegawai itu untuk bertemu kembali dengan ibunya, dan dia bertanya.
"Ibu, apakah ini?"
"Annakku, itu.. tiada apa-apa.."
"Ibu, tolong jelaskan, apakah ini ibu?"
Ibunya yang sudah uzur dengan rambut keputihan, tertunduk dan dengan lemah dia menjawab, "Itu lah ayahmu, nak. Demi mencari wang untuk datang menjenggukmu, dia berkerja tanpa henti siang dan malam kerana terlalu rindukan kamu. Tetapi akhirnya dia tidak dapat bertahan lagi, tetapi sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia sempat meminta supaya ibu ke sini dan membawa abunya untuk kamu. Dia terlalu teringin melihat kamu walau hanya sekali, anakku."
Jackson terus rebah melutut ke tanah, air matanya berjujuran, berderaian menangis semahunya dan dia hanya mampu mengeluarkan kata-kata ini, "Ayah! Jackson menyesal dan berjanji akan berubah. Jackson pasti akan berubah!" Ibunya tersenyum gembira melihat gelagat anak tunggalnya itu yang masih menangis seperti bayi yang masih kecil, dan terus dia berakata, "Anakku, berjuanglah sehabis baik.
Umurmu masih muda, jangan sia-siakan hidupmu, berusahlah semaksima mungkin untuk hidupmu di masa depan. Ibu yakin kamu mampu, anakku."
Kasih ibu bapa, tiada penghujung, tiada batasan, tiada taranya. Demi seorang anak, ibu bapa sanggup menggadai nyawa hanya untuk anak kesayangan mereka walaupun anaknya seorang banduan. Ibu dan ayah, anakmu sayang kalian!
sumber gambar : 500px.com