Sekali lagi kecoh mengenai beg Hermes Birkin. Pihak PDRM telah menggeledah rumah bekas Perdana Menteri Malaysia dan rumah Tan Sri Desmond Lim justeru merampas barang-barang mewah yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Antara yang dirampas adalah 274 kotak yang dikatakan beg tangan mewah, termasuklah beg Hermes Birkin yang mampu mencecah harga berjuta-juta ringgit. Jumlah ini adalah sangat tidak masuk akal memandangkan harga setiap satunya yang sangat mahal. Mengapa ia begitu mahal?

BESARKAN TEKS     A-  A+

victoria beckham sejarah beg tangan hermes birkin

Terdapat khabar angin bahawa Victoria Beckham memiliki kira-kira 100 beg tangan Hermes Birikin bernilai lebih RM8 juta.

Apabila bercakap mengenai hierarki beg tangan, Hermes Birkin adalah simbol status kepada kemewahan dan kekayaan muktamad. Harganya bermula daripada RM47,000 seunit dan meningkat setiap tahun sehingga mencecah RM3 juta.

ally mukhriz rosmah kim kardashian hermes birkin bag 514

Antara selebriti lain yang memiliki beg tangan ini adalah Kim Kardashian yang dilihat menggunakannya sebagai beg gym. Pada tahun 2012, beg Birkin yang diperbuat daripada kulit buaya berharga RM400,000 telah dibakar dan dihancurkan menggunakan gergaji oleh Francesca Eastwood, anak Clint Eastwood dalam satu projek seni.

Sejarah penghasilan idea Hermes Birkin

jane birkin sejarah beg tangan hermes birkin 2

Beg yang melambangkan kekayaan dan kemewahan ini dihasilkan pada tahun 1984. Beg ikonik ini mendapat nama daripada pelakon terkenal British yang berpangkalan di Paris, Jane Birkin dan wujud disebabkan satu insiden. Ia berlaku pada tahun 1981, ketika Jane dalam  penerbangan Air France dari Paris ke London. 

Ketika itu, tempat duduk Jane Birkin dinaiktaraf kepada kelas pertama, yang kebetulannya betul-betul di sebelah Ketua Pegawai Eksekutif Hermes pada masa itu, Jean-Louis Dumas.

Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, Jane cuba untuk memuatkan segala barangan yang dibawanya ke dalam tempat letak beg di bahagian atas tempat duduk. Jane membawa beg jerami yang mana tak mampu menampung segala barang di dalamnya, membuatkan ia bocor dan jatuh berselerak.

jean louis dumas sejarah beg tangan hermes birkin 2

Jane kemudiannya mula mengamuk dengan berkata beg-beg yang cantik semuanya tidak cukup besar untuk membawa banyak barang, membuatkan CEO Hermes itu mendapat idea baru. Jean-Louis tahu bahawa Jane bukanlah satu-satunya wanita yang mengalami masalah ini dan melihatnya sebagai satu peluang yang unik dan praktikal.

Jean-Louis kemudiannya mencadangkan Jane memerlukan beg yang berfesyen yang lebih kuat dan kukuh. Perbualan tersebut telah mencetuskan penghasilan aksesori wanita yang ideal ini, Hermes Birkin.

Tidak serta merta mendapat sambutan

sejarah beg tangan hermes birkin 4

Namun, Birkin tidaklah mendapat sambutan hangat dalam masa yang singkat dan mula dikenali di penghujung tahun 1990-an. Beg ini boleh dimiliki jika anda mampu menunggu di senarai menunggu, yang mampu mencecah sehingga 6 tahun.

Dan selepas 30 tahun daripada pelancarannya, permintannya yang sangat tinggi membuatkan tiada lagi istilah senarai menunggu (waiting list) seperti jenama-jenama mewah lain.

Ia menjadi wish-list (senarai-teringin), bukan lagi order-list. Hermes tidak lagi mengambil pesanan daripada pelanggan, dan anda hanya boleh berharap untuk memiliki seunit beg Birkin.

sejarah beg tangan hermes birkin 5

Ketika ini, dianggarkan hanya terdapat 200,000 unit Birkin sahaja di dunia. Disebabkan permintaan yang tersangat tinggi, beg Birkin mempunyai nilai jualan semula yang sangat tinggi di kebanyakan negara, terutamanya di Asia.

Beg Birkin yang paling mahal pernah terjual dalam jualan lelongan adalah beg Nicolitus Himalaya Crocodile Birkin dengan harga RM1.5 juta di Hong Kong.

Ciri-ciri Hermes Birkin

sejarah beg tangan hermes birkin 6

Beg Hermes adalah buatan tangan yang dihasilkan di Perancis menggunakan jahitan pelana yang menjadi signature syarikat ini yang dihasilkan pada tahun 1800-an. Setiap beg tangan dijahit, dicat dan digilap, mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Kulit-kulit diperoleh beberapa sumber di Perancis yang memberikan pelbagai bau dan tekstur. Syarikat Hermes menerangkan mengapa kos seunit beg Birkin itu sangat mahal, yang mana melibatkan tahap pertukangan yang tinggi.

sejarah beg tangan hermes birkin 7

Beg yang mempunyai ruang luas, elegan dan dalam masa yang sama sporty, dengan pemegang direka khas untuk dipegang menggunakan tangan atau pergelangan tangan, dilengkapi dengan 4 stud di bahagian bawah, Birkin mewakili fesyen yang baru dan moden.

Birkin boleh dikatakan memainkan peranan utama dalam menjadikan Hermes sebagai pelopor fesyen beg tangan mewah. Ia membuka pasaran dan pelanggan baru kepada Hermes, dalam masa yang sama mengubah klien tipikal Hermes.

sejarah beg tangan hermes birkin 8

Walaupun pelbagai jenis kulit haiwan dan julat warna yang kini terdapat di pasaran, namun rekabentuk asal Birkin tidak pernah berubah sejak dilancarkan. Namun, saiznya telah berubah daripada saiz asal 35 sentimeter, kepada beberapa variasi termasuklah beg mini dan saiz besar untuk perjalanan jauh.

Skala harga bermula daripada kulit biasa kepada versi buaya, yang mana beg kulit buaya Porosus mampu mencecah harga 5 kali ganda beg kulit haiwan-haiwan lain.

Batu-batu berharga dan berlian pada beg Birkin mula menghiasi beg mewah ini 10 tahun lalu pada tahun 2008, berikutan pertambahan pelanggan dari pasaran baru.

Cabaran Hermes Birkin

sejarah beg tangan hermes birkin 9

Disebabkan beg ini sangat bernilai dan sukar untuk didapati, membuatkannya menjadi tumpuan utama oleh pengeluar beg tangan palsu. Terdapat beberapa tangkapan melibatkan beg tangan Hermes Birkin palsu.

Beg palsu yang memerlukan 20 jam untuk dihasilkan mampu menjana keuntungan RM150,000, menarik minat mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kegiatan jenayah antarabangsa yang menghasilkan Hermes Birkin palsu telah berjaya dipatahkan oleh polis Perancis pada tahun 2012, yang mana menurut laporan, didalangi oleh beberapa orang kakitangan Hermes sendiri.

Menurut pakar, sesuatu beg itu tidak boleh didedahkan mengapa ia kelihatan palsu, kerana pemalsu akan menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki penghasilan, sehinggakan menjadi sangat sukar untuk dibezakan. Terdapat beg palsu yang sangat serupa seperti asli dari Itali dan Perancis.

jane birkin sejarah beg tangan hermes birkin

Jane Birkin hanya memiliki 4 unit beg Hermes Birkin sahaja sepanjang hidupnya dan satu daripadanya dijual untuk tujuan amal. Untuk mengetahui senarai beg tangan Hermes Birkin yang paling mahal pernah dijual, sila ikuti artikel ini.

Rujukan:

1. BBC

2. Bag Hunter

3. Vogue




Hakcipta iluminasi.com (2017)