Baru-baru ini kecoh mengenai kisah beg tangan Birkin yang dikatakan milik isteri bekas Perdana Menteri Malaysia cuba dipindahkan, bernilai ratusan ribu ringgit setiap satunya. Apa yang istimewa sangat yang membuatkan beg tangan ini sangat mahal?

Cerita di sebalik beg tangan Hermes Birkin adalah sangat ringkas, iaitu ketika mana barangan milik pelakon British, Jane Birkin, bertaburan apabila beg tangan yang digunakan rosak. Ketua Pegawai Eksekutif Hermes, Jean-Louis Dumas secara kebetulan bersama-sama Jane pada ketika itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual

Beliau mendapat idea untuk menghasilkan beg tangan yang unik, berfesyen dan kukuh sambil mempunyai reka bentuk yang mudah bagi membantu menyelesaikan masalah wanita. 

Sejak itu, Hermes Birkin telah menjadi antara salah satu jenama mewah yang paling terkenal dan dikenali ramai yang menjadi kegilaan orang-orang berada. Jadi, iluminasi.com ingin kongsikan 5 beg tangan Hermes Birkin yang paling mahal di dunia.

5. Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag – RM670,000

blue crocodile hermes birkin handbag beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual

Dengan harga mencecah RM670,000 seunit, beg tangan kulit buaya Hermes Birkin berwarna biru gelap ini adalah yang ke-5 termahal di dunia. Ia dijual di satu acara lelongan di Mayfair, London. Beg tangan ini dihiasi dengan emas dan bertatahkan berlian 18 karat.

Beribu-ribu pembida atas talian cuba untuk mendapatkan beg tangan ini namun ia menjadi milik pembida tertinggi yang tidak dikenali.

4. Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag – RM803,000

hermes exceptional collection shiny rouge h porosus crocodile 30 cm birkin bag beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual

Nama rasmi beg tangan ini adalah sangat panjang iaitu "Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag with 18K White Gold & Diamond Hardware", menjelaskan sendiri mengapa ia berada dalam senarai beg Hermes Birkin paling mahal di dunia, dan juga senarai beg tangan termahal di dunia.

Beg Birkin berwarna merah ini telah memecahkan rekod beberapa tahun yang lalu sebagai beg tangan paling mahal pernah dijual secara lelongan di Heritage Auction, Texas. Lelongan itu dimenangi oleh seorang pengumpul yang membayar wang sejumlah RM803,000 untuk memilikinya.

3. Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – RM877,000

fuchsia diamond studded hermes birkin beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual

Beg Hermes Birkin nampaknya bersaing sesama sendiri apabila ia berjaya memecahkan rekodnya sendiri sebagai antara beg paling mahal pernah dijual. Sekali pandang pada Beg Hermes Birkin berwarna Fuchsia, ia akan berkilau disebabkan oleh berlian-berlian dan emas putih 18 karat.

Beg ini telah dijual di sebuah lelongan oleh di Hong Kong pada tahun 2015, dengan harga mencecah RM877,000 menjadikannya beg Hermes Birkin ke-3 termahal di dunia. Beg ini dikatakan serupa dengan beg tangan Hermes Birkin milik Datin Seri Rosmah Mansor.

2. Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – RM1.5 juta

niloticus crocodile himalaya birkin beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual

Beg Birkin Himalayan ini adalah sangat kerana beberapa sebab. Ia bukan sahaja diperbuat daripada kulit buaya Niloticus, malah ia mengambil masa yang sangat lama untuk bagi melakukan proses pencelupan warna.

Semakin halus warnanya, semakin sukar untuk menghasilkan beg tersebut. Beg Niloticur Buaya Himalaya Birkin direka untuk membangkitkan imej Gunung Himalaya yang sangeat megah, yang mempunyai warna coklat dari gunung tersebut dan warna putih daripada puncak awan salji.

niloticus crocodile himalaya birkin beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual 2

Model terbaru beg ini bertatahkan 240 butir berlian di atas cangkerang emas 18 karat. Ia dijual di satu lelongan di Hong Kong dengan harga RM1.5 juta, menjadikannya sebagai beg Birkin ke-2 termahal dengan harga RM1.5 juta, mengalahkan model 2016 yang berharga RM1.19 juta.

1. Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka – RM5.53 juta

hermes birkin bag by ginza tanaka beg tangan hermes birkin paling mahal pernah dijual

Direka oleh pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka, beg tangan Hermes Birkin ini adalah yang paling mahal di dunia dengan harga RM5.53 juta. Beg tangan ini diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2,000 butir berlian di bahagian luarannya dan disempurnakan dengan batu 8 karat berbentuk pir ditengah-tengah yang boleh ditanggalkan dan dijadikan kerongsang.

Jika anda terlupa untuk membawa gelang tangan atau rantai leher, anda boleh tanggalkan tali daripada beg ini dan gunakannya sebagai barang kemas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)