Seperti mana zaman teknologi canggih ini, wanita-wanita pada Zaman Pertengahan juga tidak terlepas daripada bersembang dalam kumpulan atau lebih mesra dikenali sebagai membawang.

Mereka akan berkumpul pada waktu petang dan berborak tentang khabar angin yang terbaru.

Walau bagaimanapun, walaupun wanita-wanita zaman moden hampir langsung tidak terkesan dengan sebarang akibat di atas perbuatan tidak bermoral ini, wanita-wanita Zaman Pertengahan berhadapan dengan hukuman dera yang tersangat dahsyat dikenali sebagai Scold's Bridle.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Scold's Bridle adalah salah satu perkara yang membuktikan bahawa tak kiralah betapa sukarnya menjadi wanita, jika dibandingkan dengan Zaman Pertengahan, wanita-wanita pada hari ini hidup dengan sangat selesa.

Atau lebih mudah, wanita zaman kini boleh membawang tanpa sebarang akibat.

scold s bridle penuh

Scold's Bridle terdiri dari beberapa jalur besi yang mengelilingi muncung besi, yang akan dililitkan pada wajah wanita seperti topeng. 

Sepotong besi kecil, yang dikenali sebagai "kekang," akan diletakkan di dalam mulut wanita dan menekan lidah untuk menghalangnya daripada bercakap.

Ia sama seperti benda yang dimasukkan ke dalam mulut kuda apabila anda ingin mengawalnya.

Kadang-kala, kekang tersebut mempunyai paku yang mana akan menusuk lidah sekiranya wanita berkenaan cuba untuk bercakap.

Jika seseorang suami itu mengetahui bahawa isterinya terlibat dalam perbualan gosip, dia akan memasang Scold's Bridle pada wajah isterinya untuk memberikan pengajaran.

wanita memakai scold s bridle

Tak cukup dengan memakaikan topeng besi dan penutup mulut yang mana sangat memalukan, si suami kemudiannya akan memasangkan tali pada topeng muka isterinya itu dan membawa wanita tersebut berjalan-jalan di bandar untuk menambahkan keperitan hukuman ini.

Si suami kemudiannya akan menggalakkan orang ramai yang lalu-lalang untuk mengeji atau meludah pada isterinya. Kadang-kala loceng akan dipasangkan di atas Scold's Bridle bagi menarik lebih perhatian ketika si isteri dimalukan.

Perkataan "Scold" pada Scold's Bridle berasal dari istilah yang biasanya diterapkan pada seorang wanita dalam erti yang menghina, seseorang yang dilihat sebagai mengganggu atau menjengkelkan.

Perkataan "Bridle" pula berasal dari penutup kepala yang dipakai oleh kuda, digunakan ketika penunggangnya menginginkan kawalan yang lebih besar terhadap pergerakan kuda.

scold bridle abad ke 16

Idea di sebalik hukumanini bukanlah satu idea yang inovatif dan baru. Topeng kepala yang sama telah digunakan sebelum itu untuk beratus-ratus tahun bagi mengawal hamba dan terus digunakan sehingga ke abad ke-19.

Nasib baik menjelang penghujung abad ke-16, penggunaan Scold's Bridle bagi menghukum wanita yang suka bergosip semakin kurang popular.

Sama ada wanita-wanita pada zaman itu semakin kurang membawang, atau lelaki-lelaki pada masa itu memutuskan untuk menggunakan hukuman lain yang lebih berkesan, Scold's Bridle semakin dilupakan.

Dan pada saat penjajah menetap di Amerika Utara dan Selatan, alat ini hampir langsung tidak digunakan lagi.

Walaupun begitu, penghinaan di khalayak ramai masih merupakan sesuatu yang biasa melihatkan amalan baru dan menarik menjadi pilihan dalam memalukan orang di khalayak ramai. 

Rujukan:

1. Museum Of Witchcraft And Magic

2. Interesting

3. History of Mask




Hakcipta iluminasi.com (2017)