Oleh pada 13 Nov 2017 kategori

hukuman kejam kepada makcik bawang

Sumber foto asal: Youtube Wellcome Collection

Menurut sejarah, kaum wanita pernah diseksa oleh golongan lelaki berkuasa menerusi cara yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Perlakuan ini mempunyai tujuan tertentu seperti menindas seksualiti, menghilangkan hak bersuara dan menuruti piawaian kecantikan yang ditetapkan. Oleh sebab bimbang akan kebebasan wanita mampu mempengaruhi falsafah kehidupan mereka, kaum lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi mematahkan semangat dan membuatkan wanita patuh kepada mereka. 

Majoriti kaedah dan alatan ini dicipta bagi memalukan mangsa wanita. Kebanyakannya memaparkan "seksual-sadisme" secara terang-terangan, yang tiada pada seksaan terhadap kaum lelaki. Sebahagian alatan dibawah dicipta semata-mata untuk mencederakan alat sulit dan bahagian tubuh wanita yang lain, contohnya payudara. Hampir kesemuanya telah dihapuskan sejak beberapa abad yang lalu. Namun, masih ada diantara hukuman kejam ini yang masih diamalkan sehingga kini.

1.    "Spanish Donkey"

hukuman kejam gila spanish donkey

Sumber foto: Wikimedia

"Spanish donkey" juga dikenali sebagai "kuda kayu" atau "chevalet" dalam bahasa Perancis. Ia digunakan untuk memotong separuh tubuh mangsa menerusi alat sulitnya. Ia wujud ketika zaman pertengahan, sewaktu Pasitan Sepanyol. Banduan persekutuan semasa berlakunya perang saudara juga menggunakan alatan ini.

"Spanish donkey" mengandungi baji segitiga yang tajam, disokong oleh dua atau empat kaki. Mangsa akan dipaksa untuk duduk di atas alatan ini dalam keadaan terkangkang. Ia dilitupi oleh paku, bagi memotong pangkal paha mangsa dengan mudah. Beban juga boleh dipasang di bahagian kaki mangsa. Dengan itu, bucu segitiga tersebut menggali dengan lebih dalam, sehingga memotong organ mangsa.

2.    Mengikat kaki

kejam anak kecil sudah mula dipaksa mengikat kaki

Sumber foto: Tes Teach

Prosedur kecantikan yang menyebabkan wanita muda cacat seumur hidup ini telah wujud di China sejak lebih seribu tahun yang lalu. Wanita berbangsa Cina dianggap cantik apabila memiliki kaki yang kecil. Oleh itu, keluarga yang kaya-raya akan mengikat kaki anak perempuan mereka, bagi menarik perhatian golongan lelaki yang dirasakan layak untuk dijadikan suami. Panjang kaki yang ideal ialah tiga inci sahaja, dipanggil sebagai "teratai emas". Manakala "teratai perak" merujuk kepada kaki sepanjang empat inci. Kaki yang lebih panjang dari itu dianggap sebagai "teratai besi", dimana ianya tidak diterima untuk menjalani proses ini.

Demi memiliki kaki kecil yang diidam-idamkan, jari kaki mangsa dipecahkan dan diikat kebelakang dengan kain sutera. Mangsa kemudiannya dipaksa berjalan dengan kaki yang cacat supaya lengkungan yang ada pecah secara berterusan. Dari semasa ke semasa, kain itu dibungkus dengan lebih ketat sehingga panjang kaki yang diinginkan tercapai.

3.    Sunat

sunat hingga mati akibat kuman

Sumber foto: Daily Mail

Menurut World Health Organization, lebih daripada 200 juta wanita pernah melakukan prosedur ini. Ia juga dikenali sebagai "mutilasi alat sulit". Tidak seperti sunat bagi kaum lelaki, ia tidak mempunyai sebarang manfaat dari segi kesihatan. Satu-satu tujuan yang ada ialah untuk mengurangkan kepuasan seksual bagi golongan wanita. 

Prosedur ini biasanya dijalankan menggunakan peralatan yang kotor. Mangsa biasanya terdiri daripada gadis bawah umur 15 tahun, yang menerima tekanan daripada ahli keluarga perempuan mereka sendiri. Wanita yang lebih berusia dalam komuniti kemudiannya akan menggunakan instrumen bergerigi untuk membuang kelentit dan  "labia minora" dalam bahasa Latin. Dalam kebanyakan kes, prosedur ini menyebabkan pelbagai jangkitan sehingga berlakunya kematian.

4.    Pengoyak payudara

hukuman dan seksaan kejam pengoyak payudara

Sumber foto: All That Is Interesting

Mendengar namanya sahaja sudah cukup mengerikan. Instrumen ini terdiri daripada dua serampang besar dengan pengais yang tajam. Ia mampu mengoyak payudara dan mencabut tisu dari badan mangsa. Kadangkala, serampang tersebut turut dipanaskan bagi menandakan tubuh ibu yang belum berkahwin dan wanita yang berzina.

Penggunaan alatan ini dihentikan semasa zaman pertengahan. Namun, ISIS telah menggunakannya pada zaman moden sebagai hukuman buat wanita Syria yang menyusukan anak di tempat awam.

5.    Kekangan Scold

hukuman wanita kuat berleter kekangan scold

Sumber foto: Boing Boing

Pada zaman pertengahan, ini adalah cara paling mudah untuk para suami membuatkan isteri mereka berhenti berleter. "Scold" merujuk kepada wanita yang suka bergosip atau terlalu banyak mengeluh. Pada zaman itu, aktiviti bergosip ditakuti suatu kerja syaitan.

Mengikut rekod, alatan ini pertama kali diguna pada abad ke-16, dimana sebuah topeng besi dikunci pada kepala mangsa. Paku juga boleh diletakkan di atas lidah, membuatkan mangsa tidak mampu bercakap melainkan dalam keadaan yang teramat sakit. Hukuman jenis ini melibatkan penderaan dari segi psikologi. Mangsa yang terlibat akan dimalukan secara terbuka dengan diarak di seluruh bandar memakai alatan ini, sambil penonton mengutuk dan meludah ke arahnya. 

6.    Memotong separuh dengan gergaji

hukuman bunuh kejam memotong dengan gergaji

Sumber foto: Reed College

Hukuman ini menggantung mangsa secara terbalik dan memotong separuh tubuhnya bermula daripada alat sulit. Kaedah penyeksaan ini digunakan semasa zaman pertengahan sebagai cara ekonomi untuk memberikan kesan sakit yang dahsyat, tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Dua pelaksana tiada perikemanusiaan akan mengendalikan gergaji yang biasanya digunakan untuk memotong batang pokok.

Mangsa yang terlibat dengan amalan sihir, penzinaan dan kata-kata nista akan digantung dalam keadaan kaki terkangkang luas. Mangsa dibiarkan sedar semasa tubuh mereka dipotong dan darah mengalir ke kepala. Proses ini berlangsung selama berjam-jam, sebelum pelaksana hukuman ini akhirnya memotong separuh keseluruhan tubuh mangsa. Mereka juga berhenti di bahagian abdomen mangsa untuk membuatkan si mangsa lebih terseksa. 

7.    Buah pir kesengsaraan

seksaan paling sadis buah pir kesengsaraan

Sumber foto: Rare Book Hub

Alat seksaan ini digunakan ketika zaman pertengahan, iaitu menghampiri abad ke-17. Namanya diambil kerana persamaan bentuknya dengan buah pir. Instrumen logam ini dibahagikan kepada empat segmen berbentuk kelopak yang terbuka. Untuk membukanya, tuil skru gabus dipalingkan pada hujung yang bertentangan. Mangsa utama adalah wanita yang melakukan perbuatan sihir dan pengguguran bayi. Ianya dimasukkan ke dalam alat sulit dan akan terbuka secara perlahan-lahan, merobek organ pembiakan si mangsa. 

Alat ini juga digunakan terhadap mereka yang mengamalkan hubungan homoseksual. Buat mereka yang mengamalkan ajaran sesat, ia diubah suai untuk dimasukkan secara paksa ke dalam mulut pesalah. Ia juga diperluaskan sehingga memecahkan tulang rahang mangsa.

8.    Dibakar di Stake

hukuman paling sadid bakar di stake

Sumber foto: Youtube The Dark Hauntings

Cara membakar sehingga mati adalah bentuk hukuman klasik yang sering digunakan untuk wanita yang terlibat dengan amalan-amalan seperti sihir, ajaran sesat dan pengkhianatan. Kaedah ini popular di England dari abad ke-15 sehingga 18. Namun, sebenarnya tiada sesiapa yang pernah dibakar semasa "Percubaan Penyihir Salem" di tanah jajahan Amerika.

Sekiranya tidak pengsan akibat tersedut asap, mangsa dianggap sebagai tidak bernasib baik. Ini kerana mangsa akan merasai penderitaan dihukum mati dengan cara yang lebih menyakitkan. Pertama sekali, mereka akan menggeliang-geliut dalam kesakitan, dimana epidermis retak terbuka. Kemudiannya, api akan membakar lapisan lemak mereka. Mangsa berasa sedikit lega apabila api merosakkan saraf kulit dengan teruk sehingga mereka tidak lagi mampu berasa sakit.

9.    Tali pinggang kesucian

hukuman paling zalim tali pinggang kesucian

Sumber foto: Hybrid Tech Car

Walaupun tali pinggang kesucian tidak semestinya digunakan sebagai alat penyeksaan, ia masih dianggap sebagai suatu kaedah hukuman. Mereka ini biasanya menjadi mangsa golongan suami atau bapa yang angkuh. Alatan ini berasal dari perang salib, bertujuan mencegah kes rogol. Mengikut rekod, tali pinggang ini pertama kali diguna pada tahun 1405 di Florence. Pelbagai jenis alatan ini juga diguna sehingga tahun 1930.

Tali pinggang kesucian digunakan untuk menghalang sebarang aktiviti seksual. Tali pinggang logam ini disambungkan dengan bahagian pelvis mangsa, yang hanya boleh dikeluarkan oleh individu lain. Kadangkala, bukaan yang menutupi lubang alat sulit mempunyai paku yang menghadap ke dalam. Paku ini akan mengoyakkan alat sulit lelaki yang dungu untuk cuba melakukan perkara tidak senonoh dengan wanita yang memakai alatan ini.

10.    Baling batu

seksaan paling kejam baling batu

Sumber foto: Bruce Gerencser

Baling batu atau rejam adalah salah satu bentuk hukuman kuno dan primitif. Ia melibatkan sekumpulan orang membaling batu secara berterusan ke arah kepala mangsa di tempat awam. Biarpun kaum lelaki juga dikenakan hukuman ini, kaum wanita masih mewakili majoriti besar mangsa penyeksaan penuh kejam ini pada zaman sekarang.

Ia dihidupkan semula di Iran selepas revolusi pada tahun 1980. Mangsa terdiri daripada mereka yang berzina. Ahli keluarga mereka juga adakalanya bertindak sebagai pelaksana dalam kes melibatkan pembunuhan. Si keluarga membunuh mangsa demi menjaga maruah.

Sebagai persediaan, lubang yang sempit dan dalam digali. Wanita berkenaan kemudiannya diikat dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga paras leher, dimana cuma kepalanya sahaja yang terdedah. Kemudian, sekumpulan pelaksana lelaki akan membaling batu ke arahnya sehingga mati.

Pada hari ini, sejumlah 15 negara masih mengamalkan kaedah ini, termasuk Nigeria, Sudan, Iran dan Pakistan. Pada Februari 2016, dua gadis remaja dihukum mati dengan cara ini di Syria, selepas dua lelaki dijumpai di dalam rumah mereka. Kedua-dua lelaki tersebut disebat sebanyak 50 kali.

11.    Seksaan seksual dan rogol

hukuman paling kejam seksual dan rogol

Sumber foto: Ming Hui

Mengikut sejarah, rogol turut digunakan sebagai salah satu cara penyeksaan. Contohnya, semasa "Pembunuhan Nanking", askar Jepun merogol dan membunuh ribuan wanita berbangsa Cina.  

Kaedah ini juga digunakan untuk memaksa para banduan mengaku atas kesalahan jenayah mereka. Amnesty International mendapati ia digunakan secara rutin dalam penjara di negara Mexico. Penjara di Iran juga didakwa memukul dan merogol banduan wanita. Malah, organisasi pengganas seperti ISIS turut mengamalkan kaedah ini. Rogol merupakan hukuman paling lama yang pernah wujud.

12.    Perkahwinan Republik

hukuman kejam diraikan sebagai pengantin bogel

Sumber foto: Wikipedia

Idea penyeksaan sebegini melibatkan wanita suci seperti biarawati, yang diikat bersama lelaki lain tanpa sebarang pakaian. Mereka kemudiannya dicampak ke dalam sungai. Kaedah penyeksaan ini banyak digunakan terhadap imam dan biarawati semasa pemerintahan keganasan dan Perang Revolusi Perancis. Aktiviti ini berlaku di Nantes, Perancis antara tahun 1793 dan 1794, diperintahkan oleh Jean-Baptiste Carrier. Jika mangsa tidak dilemaskan, orang ramai akan berkumpul dan mengejar mangsa dengan pedang.

13.    Kerusi besi

hukuman kerusi besi berduri yang sangat kejam

Sumber foto: Haunted Yorkshire

Kerusi besi adalah 'perabot' yang menjadi mimpi ngeri buat setiap wanita pada zaman pertengahan. Mangsa akan diikat di sebuah kerusi diliputi dengan ratusan paku berbentuk seperti pisau cukur. Mangsa akan dipaksa duduk di kerusi tersebut selama berjam-jam sehingga berdarah. Alatan ini digunakan sewaktu zaman pertengahan ke atas kedua-dua jantina. Namun, lebih ramai wanita yang menderita kesan aspek mengerikan pada kerusi ini. Pelaksana hukuman ini menyalakan api dibawah punggung mangsa, dimana terdapat bahagian di bawah kerusi ini untuk tujuan berkenaan. Disinilah mangsa wanita akan dibakar sehingga mati, sambil darah merecik-recik dari setiap liang tubuh mereka.

14.    Roda Catherine

seksaan roda catherine yang zalim

Sumber foto: Wikimedia & Wikipedia

Roda gerabak yang besar dan dilitupi paku ini juga digunakan pada zaman pertengahan. Mangsa akan diikat dengan roda ini pada bahagian belakang tubuh mereka. Kemudian, mereka dilanggar sehingga mati.

Ia dikaitkan dengan hukuman sama yang dikenakan terhadap Saint Catherine of Alexandria, kira-kira 305 sebelum christ. Semasa orang Kristian dianiaya dibawah maharaja Maxentius, terdapat seorang pengikut yang taat dan setia bernama Catherine. Beliau dipenjarakan dan dihukum mati menggunakan roda yang telah pecah. Kisah lagenda mengatakan bahawa sebaik Catherine menyentuh roda tersebut, ia putus separuh.

Oleh kerana tiada kaedah pelaksanaan mewah yang lain untuk dijadikan sebagai ganti, Maxentius mengambil keputusan untuk memenggal kepala Catherine. Hampir seribu tahun kemudian, Joan of Arc mendakwa mendengar suara Catherine, yang memberi inspirasi kepadanya untuk turut bersama-sama "syahid". Ikonografi Saint Catherine biasanya memaparkan roda yang rosak seperti dalam gambar di atas.

15.    Korset

idea tentang korset sebenarnya sangat kejam

Sumber foto: Mirror On The Wall

Korset telah wujud sejak 500 tahun yang lalu. Ramai dari kalangan feminis zaman moden berbalah yang korset digunakan untuk membuat para wanita tunduk dan mematuhi piawaian kecantikan yang tidak realistik. Ia dianggap tidak ubah seperti kaedah "kejam anak kecil sudah mula dipaksa mengikat kaki". Bukti kewujudan korset yang turut dipanggil sebagai "stays" dikesan pada seawal tahun 1530. Bagaimanapun, ia menjadi terkenal pada abad ke-18 dan kemudiannya digunakan sebagai pakaian dalam, iaitu versi moden alatan ini.

Korset mempunyai beberapa ciri berbahaya. Antaranya ia mampu membuatkan si mangsa mengalami sesak nafas. Malah, penggunaan secara berterusan dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada perubahan bentuk pinggang si pemakai. Ia juga mengehadkan dan mengubah kedudukan organ-organ penting, selain menyebabkan otot di bahagian belakang tubuh menjadi lemah dan mengecil.

Rujukan:

1.    Ranker

2.    New Age Of Anarchy




Hakcipta iluminasi.com (2017)