Zaman Pertengahan yang berlaku dari abad ke-5 hingga ke-15 bukanlah suatu tempoh yang menggembirakan sesiapapun. Kebanyakan orang sangat miskin, menghidapi pelbagai penyakit dan kebebasan mereka diikat oleh tuan tanah yang kaya-raya. Jika rakyat biasa membuat kesalahan dan tidak mampu membayar denda, tangan atau lidah mereka mungkin dipotong tanpa belas kasihan.
Penyeksaan hanya digunakan sekiranya pihak berkuasa ingin anda membuat sebarang pengakuan. Semasa Zaman Pertengahan, pelbagai teknik dan alat yang dicipta untuk menyebabkan seseorang mengalami kesakitan yang sangat dahsyat.
Jika zaman sekarang teknik seksaan hanya banyak direka dengan memfokuskan pada psikologi atau kekacauan emosi mangsa tetapi pada Zaman Pertengahan, alat-alat yang digunakan amat menakutkan dan gerun walaupun untuk dilihat. Kami kongsikan 5 alat popular yang sering digunakan semasa era itu:
#1 Hukum Sula
Semasa zaman pemerintahan Vlad the Impaler (lebih dikenali sebagai Dracula) pada abad ke-15 di Romania, hukum sula amat popular di mana pesalah perlu duduk di atas sebatang tiang yang tebal dan tajam. Tiang itu kemudian dinaikkan melalui sternum agar bucu hujungnya berhenti di bahagian bawah dagu.
Ia boleh mengambil masa sehingga tiga hari sebelum orang yang dihukum itu mati. Dikhabarkan Vlad telah mengulangi hukuman ini kepada antara 20,000 hingga 300,000 orang rakyat dan berasa amat seronok menonton hukuman dilakukan sambil makan makanan yang sedap-sedap.
#2 Buaian Judas
Buaian Judas ini mungkin kurang sadis berbanding hukuman sula tapi ia masih mengerikan. Mangsa akan digantung dalam keadaan tanpa seurat benang dengan punggung atau kemaluan menghala betul-betul mengenai bucu tajam sebuah alat berbentuk piramid.
Sasaran penyeksaan ini adalah untuk membiarkan bukaan lubang punggung atau kemaluan itu diregangkan seluas-luasnya untuk tempoh yang lama ataupun sehingga mangsa mati disula. Kadang kala beban akan diikat pada kaki untuk menambah kesakitan dan mempercepatkan kematian.
Alat ini juga tidak pernah dicuci, jadi mangsa juga boleh dijangkiti kuman atau penyakit berjangkit.
#3 Penghancur kepala
Penghancur kepala merupakan alat penyeksaan yang popular semasa zaman Pasitan Sepanyol (Spanish Inquisition). Dagu diletakkan pada palang dan kepala dimasukkan ke dalam 'topi'. Penyeksa kemudian akan memutarkan skru secara perlahan-lahan sehingga topi itu direndahkan turun ke palang. Kepala akan dimampatkan sehingga menghancurkan gigi ke dalam rahang dan menyebabkan kematian.
Ada juga alat ini yang dicipta dengan mangkuk untuk menadah bebola mata yang tersembul keluar dari soket.
Dikatakan ini merupakan alat paling efektif untuk mendapatkan pengakuan kerana penyeksaannya boleh diperpanjangkan mengikut kesesuaian. Jika kesengsaraan itu dihentikan separuh jalan, mangsa akan mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki pada bahagian otak, rahang dan mata.
#4 Pengoyak lutut
Satu lagi alat yang digemari semasa Pasitan Sepanyol ialah pembahagi lutut. Ia kelihatan seperti sebuah ragum dengan pancang tajam pada kedua-dua belah pengepit.
Semasa digunakan, tukang seksa akan memutarkan pemegang perlahan-lahan sehingga ia mencengkam lutut dan menembusi tulang. Walaupun ia tidak menyebabkan kematian, kaki akan menjadi tidak berguna selepas dihukum.
Alat ini juga digunakan untuk bahagian badan yang lain seperti siku, lengan dan juga pergelangan kaki. Ada juga hukuman di mana pancang tajam itu dipanaskan terlebih dahulu untuk memaksimakan kesakitan.
#5 Rak Pencabut Anggota
Alat ini digelar alat hukuman paling memeritkan bagi mana-mana mangsa semasa Zaman Pertengahan. Tali yang dipasang pada bingkai kayu ini akan menarik bahagian tubuh mangsa sehingga tercabut dengan bunyi retak yang kuat.
Pada penghujung Zaman Pertengahan, ada satu variasi alat ini yang dicipta. Bingkainya ditambah dengan pancang tajam yang akan tembus ke bahagian belakang mangsa apabila mereka berbaring. Apabila anggota badannya diregangkan, tulang belakang mereka juga akan berasa sangat azab. Walaupun selamat daripada seksaan, mereka akan lumpuh sepanjang hayat.
Seram kan? Syukurlah kita kini berada dalam era moden dengan teknologi canggih dan dilahirkan dalam negara Islam yang aman.