Kredit foto: Instagram @prokuyastudios
Sejak beberapa hari lalu, kecoh penyebaran gambar babak dan sinopsis drama Demi Tuhan Aku Bersaksi yang dianggap telah menyentuh sensitiviti segelintir masyarakat.
Ia berikutan karya terbabit menggunakan sebuah pusat pengajian agama sebagai lokasi untuk mengetengahkan penceritaan gejala kehidupan songsang yang melanda masyarakat masa kini.
Kami kongsikan beberapa info yang anda perlu tahu sebelum menonton telefilem sensasi ini.
Sinopsis
Berkisar kehidupan seorang mak nyah yang insaf dan ingin pulang ke pangkal jalan.
Berhasrat mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam, dia memasuki sebuah pusat tahfiz tanpa menyedari kehadirannya di situ mengundang penghinaan dan kejian hingga digelar pengikut Kaum Luth.
Kredit foto: Instagram @prokuyastudios
Pelakon
Menampilkan lakonan mantap Syafie Naswip dan Fezrul Khan selaku teraju utama, dibantu barisan pelakon Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo dan Aman Graseka.
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Garapan sutradara Nor Zahirah binti Abdul Rahman atau nama komersialnya, Eyra Rahman yang sebelum ini pernah menduduki kerusi pengarah untuk filem Aku Terima Nikahnya, Bencinta, drama Mencintaimu Mr. Photographer, telefilem Cekelat Semanis Honey dan banyak lagi.
Di bawah syarikat produksi Prokuya Studios, Fadzil Zahari bertindak selaku penebit, bersama Yana Samsudin sebagai penerbit eksekutif.
Kredit foto: Instagram @syafienaswip
Waktu Siaran
Bakal ditayangkan di saluran RTM, namun sehingga kini masih menunggu jadual siaran.
Sumber:
2. Wikipedia
3. Harian Metro