Oleh pada 27 Dec 2018 kategori

Ikan siakap masak masam manis (sweet and sour) berasal dari bahagian Timur Negara Cina. Namun, arus pemodenan telah menjadikan pelbagai variasi hidangan ini mengikut selera zaman sekarang.

Ikan yang selalu dipakai dalam menghasilkan ikan siakap masak sweet and sour ialah ikan kerapu dan ikan siakap. Berat ikan yang sesuai ialah kira-kira 1 kg. Jika ikan tersebut terlalu besar, isinya tidak molek.

Ikan yang mahu dimasak untuk resepi ini perlu digoreng garing bertepung. Lazimnya, ia dicelur telur dan disalut tepung kering.

Namun, mamak gemar mengikut cara “Manhattan Fish Market” dimana ikan dicelup tepung kering dan dicelup kembali dengan tepung diadun dengan air bergas seperti ginger ‘ale atau air soda untuk garingan maksima seperti resepi Fish & Chip.

Untuk menyediakan hidangan ini, ikan tidak dibaringkan di dalam pinggan hidangan, sebaliknya didudukkan supaya senang dimakan dan elok.

Ikan Siakap Masak Sweet and Sour

Bahan-bahan ikan:

  • 1 ekor ikan siakap (badan dikelar)
  • 3 sudu makan tepung beras (digunakan untuk salut ikan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Goreng ikan yang disalut tepung beras dengan minyak yang betul-betul panas sehingga garing.

Sos:

  • 2 sudu besar lada kering kisar
  • 1 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (dititik hancur)
  • Nenas (dipotong dadu)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Timun (dipotong dadu)
  • Cili padi (dihiris)
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air
  • Gula
  • Garam
  • Daun ketumbar
  • Sedikit minyak masak

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan warna kekuningan. Kemudian, masukkan cili kering kisar dan bawang yang dikisar. Tumis sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan sedikit air.

3. Biarkan mereneh sebentar. Kemudian, masukkan nenas, lobak merah dan timun yang dipotong dadu.

4. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.

5. Masukkan cili padi potong jika suka pedas.

6. Simbah sos atas ikan yang telah digoreng.

7. Tabur daun ketumbar di atas ikan yang telah siap disimbah sos.

ikan siakap sweet and sour 2

Kredit foto: Sitinurhayaty Ani‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber:

1. Suri Shariff [1, 2]

2. Perniagaan Katering & Restoren (balannambiar.wordpress.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)