Kuih lengat pisang merupakan sejenis pencuci mulut yang jarang dimakan dan hanya segelintir sahaja yang tahu.
Namanya diberikan sebegitu kerana lengat tersebut bermaksud seperti kukus.
Namun jika kuih ini dimasak zaman dahulu, ia akan menggunakan kuali.
Air akan diIsi dalam kuali tersebut agak-agak 1/4 penuh.
Kemudian, nenek akan meletakkan pula gegelang dari tin yang dikerat menjadi seperti gelang terendam dalam air dalam kuali yang mendidih tersebut.
Di atas gegelang tersebut, barulah diletakkan loyang atau pelengat.
Kemudian, tutup permukaan kuali dengan dulang supaya wap tidak dapat keluar.
Cara masak tersebut dinamakan melengat kuih. Loyang kuih tersebut pula dipanggil pelengat.
Kuih Lengat Pisang
Bahan-bahan:
- Pisang (1 sisir) - pisang mas paling terbaik
- Tepung (2-3 sudu) - bergantung kepada tahap kepekatan yang dimahukan
- Santan (1 cawan)
- Air - untuk campur dengan santan
- Gula (1¹/² sudu setiap satu bekas) - mengikut tahap manis masing-masing
- Garam (secubit)
- Bekas - untuk letak pisang untuk kukus
- Periuk kukus
Cara penyediaan:
1. Belah dua pisang mas dan susun cantik-cantik atas bekas.
2. Tabur gula atas pisang tersebut.
3. Di dalam bekas lain, campurkan air dan santan untuk jadikan 1 cawan. Lebihkan santan dari air. Kemudian, campurkan tepung dan garam. Sebatikan.
4. Pastikan tepung hancur dan tidak berketul.
5. Tuang campuran ke atas pisang tadi.
6. Kemudian, kukus di dalam pengukus sehingga campuran tadi kelihatan keras sedikit.
7. Keluarkan dan sejukkan dahulu sebelum simpan dalam peti sejuk. Siap.
Nota:
✔ Enak dinikmati sejuk-sejuk.
✔ Adunan ini boleh menghasilkan 2 bekas sederhana.
✔ Jangan risau jika adunan nampak lembik ketika kukus. Setelah sejuk nanti, pisang akan mengeras.
Sumber:
2. Teha Idris