Bahan-bahan dan acuan bagi kuih bulan boleh didapati di kedai bahan-bahan kek dan roti. Anda tidak perlu risau, resepi ini sememangnya halal kerana menggunakan minyak kacang.
Jika anda mahu meletakkan telur masin, ianya perlu dibungkus dengan inti dahulu. Namun, sukatan inti tersebut kurang sedikit dan kemudian barulah bungkus dengan kulit.
Untuk air abu atau juga dipanggil sebagai air abu soda, ianya juga ada dijual di kedai runcit biasa dan berwarna jernih seperti cuka. Untuk tepungnya pula, anda perlu menggunakan tepung khas untuk membuat kuih bulan.
Untuk acuan, ia boleh dibeli secara atas talian dengan harga yang agak mahal. Kuih ini boleh bertahan lama.
Kuih Bulan
Nota: Pemilik resepi beli tepung premix dengan intinya yang siap.
Bahan-bahan (untuk kulit luar):
- Tepung (800g)
- Golden syrup (500g)
- Minyak kacang (240g)
- Air abu (1 sudu besar)
Campur dan gaul sebati.
Cara-cara penyediaan:
- Inti dibuat sebanyak 32g dan kulit luar dibuat sebanyak 18g. Tekan dengan acuannya.
- Bakar dengan suhu 200 selama 10 minit.
- Kemudian, sapu kuning telur dan bakar lagi selama 10 minit.
Nota: Adunan tepung tersebut boleh dibuat untuk 4kg intinya.
Jika berminat, anda juga boleh membeli kuih ini secara pos dari pemilik resepi dengan menghubungi talian 013-5078198.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Norleylawati Ruslee [1, 2]
Sumber informasi: