Oleh pada 19 Mar 2019 kategori

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek merupakan sejenis kuih tradisional yang amat terkenal di Kelantan dan Terengganu.

Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, lalu digoreng.

Jika tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya senang tumpah atau memancut.

Kuih yang berasal dari Kelantan ini diberikan nama sebegitu disebabkan berbentuk bujur dan licin - molek. 

Kuih cek mek molek dihasilkan dan dijual di seluruh Malaysia. Ia lazimnya dijual secara harian dan senang dibuat sebagai kuih petang.

Ia turut boleh dibeli di pasar malam dan tidak perlu ditempah lebih awal.

 

Kuih Cek Mek

Kuih ini enak jika dimakan ketika panas dengan gula meleleh

 

Bahan-bahan:

  • Ubi kuning - direbus

Tips: Pemilik resepi guna ubi kuning kerana manis

  • Tepung gandum
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Minyak
  • Gula

 

Cara penyediaan:

1. Lenyek ubi kuning menggunakan batu lesung sambal.

2. Letak tepung gandum dan serbuk penaik.

Tips: Tepung agak-agak sahaja, jangan lebih nanti keras.

3. Uli sampai tidak melekit di tangan.

4. Minyak untuk mudahkan ketika mahu menggotel. Letak gula dalam kuih cek mek. 

5. Leperkan doh dan letak 1 sudu kecil gula (rujuk gambar di bawah).

kuih cek mek molek 1

6. Kemudian, jadikan ia berbentuk bujur dan goreng.

 

Tips:

✔ Jika dibeli di bazar, sukar untuk mencari yang lembut, gebu dan banyak ubi. Kebiasaannya mesti banyak tepung.

✔ Jika dibuat sendiri, pastikan gunakan nisbah 9:1 atau 8:2 iaitu ubi 9, tepung gandum 1 ataupun 8:2 tersebut untuk hasil yang sedap.

✔ Jika goreng, minyak perlu banyak dan api perlahan supaya ia rangup, gebu meleleh dan pedas.

✔ Tips ini juga boleh digunakan untuk membuat kuih cucur badak kerana ia sama sahaja dengan kuih cek mek. Kedua-duanya hanya berbeza dari segi inti dan bentuk.

 

Sumber:

1. SYa-hAn Farhan Ghani [1, 2]

2. Fendi Islam [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Cek Mek Molek




Hakcipta iluminasi.com (2017)