Oleh pada 28 Feb 2023 kategori

Jika mahu menggantikan ayam dengan daging, anda boleh menggunakan daging kisar. Kiub ayam tidak lagi perlu diletakkan.

Untuk resepi bonus pula, gunakan susu cair jenama Carnation untuk hasil yang lebih sedap. Garam juga boleh diletakkan sedikit.

Pad Kra Pao

Bahan-bahan:

  • Ayam cincang
  • Daun basil - segenggam
  • Telur ayam (2-3 biji) - ikut kesesuaian
  • Bawang putih (4-5 ulas)
  • Cili padi (3) - ikut selera pedas masing-masing
  • Kicap - pemilik resepi menggunakan jenama ABC
  • Sos tiram
  • Sos ikan/sotong
  • Garam
  • Gula
  • Kiub pati ayam

pad kra pao masakan thai

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng telur dahulu dan asingkan dalam pinggan. Pemilik resepi gemarkan kuning telur tersebut cair di mulut.
  2. Tumbuk cili dan bawang putih. Kemudian, tumis dalam kuali.
  3. Masukkan ayam dan gaul.
  4. Tuang kicap, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam dan perasa.
  5. Tambah air sedikit. Kalau mahu berkuah, boleh letakkan banyak sedikit.
  6. Akhir sekali, letakkan daun basil. Sebentar sahaja. Kemudian, tutup api.
  7. Cara hidangan adalah angkat dan letak dalam pinggan yang ada telur tadi. Kambus telur tersebut. Sedia untuk dihidang.

Resepi Bonus: Teh Hijau Thai

teh hijau thai

Bahan-bahan:

  • Serbuk teh hijau Thai (2 sudu besar)
  • Air panas (250ml)
  • Susu cair (4 sudu besar)
  • Susu pekat (4 sudu besar)

milk green tea chatramue

Cara-cara membuat:

  1. Serbuk teh hijau thai direndam dengan air panas. Tapis.
  2. Campur dengan susu cair dan susu pekat. Sesuaikan jika mahu manis sedikit. Pemilik resepi gemarkan tidak begitu manis. Masukkan ais ketul dalam kuantiti yang banyak.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Fateen Najihah [1, 2]

Khairuzetti Zaini Collections [1, 2]

Sumber informasi:

Nredya Edya Edrus [1, 2]

Eiza Di Limpahkan Rezeki [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)