Tau fu fah atau tau fah merupakan sejenis pencuci mulut Cina yang dibuat daripada tauhu yang amat lembut.
Bahan utamanya iaitu tauhu dikatakan berasal daripada China purba ketika zaman Dinasti Han.
Masyarakat Cina telah membangunkan dan memperkayakan resepi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa mereka sendiri.
Nama alternatif lain bagi hidangan ini ialah doufuhua, douhua dan tauhu panas.
Resepi kali ini menggunakan bahan-bahan yang cukup mudah. Selepas beku, letak air gula siap-siap dan sejukkan.
Tau fu fah sememangnya lazat jika dinikmati ketika sudah sejuk.
Tau Fu Fah
Kredit foto: BabyNanie Sweetie (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)
Bahan-bahan:
- Air soya (2 kotak besar) - sekotak bersamaan 1 liter
- Agar-agar tali / jelly strips (26gm) - tidak ditulis di paket, perlu timbang
- Air kosong (2 + 3/4 cawan) - untuk larutkan agar-agar
Nota: Jika guna 20g agar-agar, gunakan 2 cawan air sahaja
- Daun pandan - untuk bagi wangi
Cara-cara membuat:
1. Larutkan agar-agar dengan air dan letakkan daun pandan.
2. Selepas agar tersebut larut, letak 2 kotak air soya dan panaskan sebentar.
3. Pastikan tapis dahulu sebelum diletakkan dalam bekas.
4. Biar sejuk sebentar sebelum diletakkan dalam peti ais. Siap.
Nota: Gunakan air gula merah atau air gula biasa. Untuk lebih sedap, letak air gula siap-siap dalam bekas tau fu fah dan sejukkan. Setelah sejuk, barulah ianya dimakan.
Resepi Bonus: Bawang Putih Cincang Campur Madu
Bahan-bahan:
- Bawang putih (3 ulas) - dicincang
- Madu (1 sudu makan)
Cara membuat:
Campurkan kedua-dua bahan. Biarkan lebih kurang 15 minit.
Nota:
✔ Hidangan ini dimakan dengan cara dikemam sambil dikunyah perlahan-lahan.
✔ Resepi ini dibuat banyak sedikit oleh pemilik resepi sebagai stok kerana ia dimakan dengan suaminya.
✔ Menurut pemilik resepi, menu ini disyorkan oleh seorang ustaz di Facebook kerana ia bagus untuk kesihatan jantung, membuang kolestrol dan menurunkan berat badan.
Sumber: