Oleh pada 14 Jun 2019 kategori

Pajeri bukanlah sebuah hidangan berkuah cair, tetapi ianya berkuah pekat yang menggunakan rempah kari daging. Bahan wajib merupakan kerisik yang digaul bersama rempah lalu ditumis.

Bahan tumisan selain bawang putih atau merah ialah hirisan halia dan 'empat sekawan'. Bahan-bahan seperti serai tidak perlu ditambah.

Proses mati rempah dan pecah minyak adalah serupa seperti tumisan kari ikan. Sedikit pati santan sudah memadai.

Menu ini jenis masakan manis dan memerlukan gula yang agak banyak. Nenas perlulah dicelur air panas terlebih dahulu. Rasanya hendaklah mempunyai rasa rempah, gula, garam dan terlalu sedikit rasa lemak.

Pajeri Nenas Tanpa Santan

Bahan A (menumis):

  • Bawang besar (1/2 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Halia
  • Bunga lawang (2)
  • Kulit kayu manis (1 batang)

Bahan B (dikisar):

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia
  • Udang kering - pemilik resepi tiada, digantikan dengan ikan bilis sahaja

Bahan C:

Rempah kari daging (2 sudu makan)

Bahan D:

  • Kerisik (2 sudu makan)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Serbuk perasa (1 sudu kecil)
  • Gula putih (4 sudu makan)
  • Gula merah (1 sudu makan)

Bahan E:

Buah nenas - siap dipotong dan direbus

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan A. Tumis sehingga garing.
  2. Setelah garing, masukkan bahan B. Kacau-kacau dan biar dalam lebih kurang 3 minit. Masukkan pula bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Setelah rempah masak, boleh masukkan air dalam 1/2 cawan.
  4. Kemudian, masukkan bahan D dan E.
  5. Biar sebentar dan tunggu semua bahan sebati.
  6. Apabila rasa semua sudah memuaskan, boleh tutup api dan dihidang bersama nasi panas.

pajeri nenas tanpa santan 1

Pajeri yang akan digaul nasi digaul nasi di dalam periuk bekas bekas tinggalan yang ada

Kredit foto: Syed Mohd Nazli Jamalullail (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

pajeri nenas tanpa santan 2

Kredit foto: Maziah Nur Wafa Wafa (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

pajeri nenas tanpa santan 3

Kredit foto: Rohana Muhammad (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber:

1. Arieza Rieza [1, 2]

2. Syed Mohd Nazli Jamalullail [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)