Oleh pada 31 May 2019 kategori

Ayam Malaysia merupakan sebuah resepi asli dari seorang katerer pada 15 tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana nama tersebut diperolehi.

Ia boleh dibuat sebagai hidangan Hari Raya bagi menggantikan menu rendang ayam. 

 

Ayam Malaysia

 

 

Bahan-bahan:  

  • Ayam (1 ekor) - dipotong 16 atau 18

Nota: Lumurkan dengan kunyit dan goreng separuh masak

  • Cili kering (1 genggam) - digunting, direbus dan dikisar
  • Bawang besar (2 labu)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia (2 inci ) - dikisar
  • Lengkuas (2 inci ) - dikisar
  • Serai (10 batang ) - dihiris dan dikisar halus
  • Daun pandan (2 helai)
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

 

Cara-caranya :  

1. Ayam dibasuh bersih dan digoreng separuh masak

2. Kisarkan serai dahulu kemudian asingkan ke bekas. Kemudian kisar cili kering, bawang merah/putih, halia dan lengkuas

3. Ambil sedikit minyak gorengan ayam, apbila minyak sudah panas masukkan daun pandan dahulu kemudian serai yang dikisar halus. Masak sampai agak garing. Apabila serai sudah kelitahan agak dah garing barulah masukkan bahan kisar dan cili kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak,dan letakkan sedikit garam dan gula. Masukkan 1 keping asam keping, kicap manis sedikit. Akhir sekali baru masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.

 

Nota: Sekiranya boleh, pastikan sambal tidak terlalu garing. Biarkan basah sedikit dan melekat ke ayam. 

 

Sumber: Norasidawati Bt. Mohamed Sidek [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)