Berbanding kek, muffin agak senang untuk dibuat. Anda hanya perlu menggunakan tangan sahaja tanpa pengadun (mixer).
Untuk memastikan kejadian muffin yang gebu dan lembap (moist), pastikan kacau campuran bahan kering dan basah hanya sebentar (sekadar rata sahaja) menggunakan senduk kayu.
Jika kacau lama, ia akan menyebabkan hasil muffin yang kering dan keras. Isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cawan muffin semasa membakar untuk menghasilkan muffin yang kembang dan penuh berisi naiknya.
Muffin Durian Lembap (Moist Durian Muffin)
Bahan-bahan A:
- Isi durian (180g)
- Jus lemon (lemon juice ) (1 sudu teh)
- Susu segar (50ml)
Bahan-bahan B :
- Telur gred A (2 biji)
- Gula (150g)
Bahan-bahan C:
- Tepung naik sendiri (180g)
- Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
Ayak semua bersama.
Bahan D:
- Salted butter (50ml) - dicairkan
Bahan E:
- Kepingan badam (almond slice) - untuk hiasan
Cara penyediaan:
Panaskan terlebih dahulu ketuhar selama 5-10 minit pada suhu 180C (350F).
- Lenyekkan bahan A sebati dan ketepikan.
- Pukul bahan B sehingga kembang.
- Masukkan bahan A dan putar sebati.
- Masukkan bahan C sedikit demi sedikit bersama bahan D dan putar sebati.
- Isikan adunan ke dalam acuan kertas muffin di dalam loyang dan tabur bahan E.
Bakar selama 8 minit pada suhu 180C (350F). Kemudian, turunkan suhu kepada 160C (320F). Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.