Oleh pada 17 Aug 2020 kategori

Garlic bread enak dinikmati ketika masih panas dengan sup cendawan atau dimakan sebegitu sahaja. Ia boleh dicicah dengan sos cendawan yang siap dibeli dan dibancuh dengan meletakkan air panas. Selain itu, ia juga boleh dibuat sedikit garing.

Bergantung kepada citarasa masing-masing, anda boleh juga menggunakan daun pasli (parsley) segar. Jika menggunakan herba campuran (mixed herbs) pula, anda perlu tahu yang ia mempunyai bau herba yang kuat.

Untuk menjadikan menu ini lebih sihat, anda tidak perlu menggunakan marjerin. Sebaliknya, gunakan mentega. 

Garlic Bread

Bahan-bahan:

  • Roti - jenama Gardenia
  • Marjerin jenama Pelangi atau mentega
  • Bawang putih (3 labu) - ditumbuk halus
  • Garam (secubit) - tidak wajib
  • Daun pasli (parsley) kering atau herba campuran

Cara-cara penyediaan bergambar:

garlic bread default 1

  1. Kacau sebati marjerin atau mentega, bawang putih dan garam.
  2. Masukkan daun pasli (parsley) kering.
  3. Kacau sebati. 
  4. Sapu pada roti. Kemudian, potong tiga.
  5. Susun dalam dulang (tray)
  6. Semburkan dengan sedikit air supaya roti tersebut tidak terlalu kering.
  7. Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 170c. 17 minit menggunakan api atas bawah dan 3 minit terakhir menggunakan api atas sahaja.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Siti Norizan [12]

Sumber informasi:

1. Nurin Hanani [1, 2]

2. Fatin Izzati [1, 2]

3. Haliza Khalid [1, 2]

4. Zara Sara [1, 2]

5. Siti Hajar Norzarahtul Padzil [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)