Muffin telur merupakan sejenis hidangan barat yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet. Ia enak dinikmati ketika masih panas.
Sebelum inti dimasukkan, acuan perlu digriskan. Untuk lebih mudah, anda juga boleh gunakan paper cup.
Muffin Telur
Bahan-bahan A :
- Daging cincang - kuantiti mengikut citarasa
- Bawang holland (sebiji)
- Cili benggala
- Cendawan
Cincang semua bahan-bahan di atas .
- Minyak
- Keju mozarella
Cara-caranya:
- Ambil sedikit bahan-bahan cincang dan tumis semua bahan-bahan di atas kecuali keju mozarella. Sebahagian lagi mahu ditabur di atas muffin kemudian, sebelum dicurah dengan campuran telur.
- Tumis sehingga separuh masak dan perisakan dengan sedikit garam. Ketepikan.
Bahan-bahan B:
- Telur (5 biji) - dilebihkan jika kuantiti banyak
- Serbuk penaik (sesudu teh)
- Herba campuran (mixed herbs)
- Garam (sedikit)
- Minyak (1 sudu besar)
Kisar semua sehingga gebu dan ketepikan.
Langkah-langkah:
- Gliskan dulang pembakar dengan marjerin.
- Masukkan inti daging yang telah ditumis tadi.
- Taburkan lebihan bawang holland dan cili benggala atas muffin.
- Taburkan keju mozarella. Kuantiti mengikut citarasa.
- Curah telur.
- Bakar menggunakan suhu 180 darjah selama 20 minit.
- Tunggu sejuk dan keluarkan.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.