Mufin (muffin) tergolong dari kelompok roti dimana cara penyediaannya sama seperti kaedah membuat roti ringkas dan mudah. Ia banyak menggunakan tepung roti dan kurang menggunakan telur.
Seperti diketahui ramai, muffin tidak mengambil tempoh yang lama untuk dihasilkan. Dari segi rasa pula, ia semakin enak selepas semakin lama disimpan.
Muffin mempunyai rasa yang tidak begitu manis. Anda boleh menambah kandungan gula bagi mendapatkan sedikit rasa kemanisan.
Untuk meningkatkan kuantiti muffin, anda boleh gandakan adunan. Hazelnut juga boleh dimasukkan bagi menjadikannya lebih enak.
Muffin Brownie
Bahan-bahan A:
- Nutella (1/2 cawan)
- Telur saiz B (1 biji)
- Tepung gandum (5 sudu besar)
Bahan-bahan B:
- Badam (almond) kisar
- Cip coklat (chocolate chip)
Cara-cara penyediaan:
- Kacau Nutella bersama telur.
- Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
- Tuang ke dalam muffin cup atau dulang pembakar (baking tray).
- Tabur almond kisar atau chocolate chip ke atas adunan.
- Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C.
- Bakar adunan brownie selama 15-20 minit mengikut ketuhar masing-masing.
Tips:
- Sukatan ini boleh menghasilkan sebanyak 18-20 muffin cup.
- Boleh gandakan sukatan untuk mendapatkan lebih banyak cup.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber: