Jika anda merupakan salah seorang penggemar durian, anda pasti bersetuju bahawa terdapat persamaan antara seri muka durian dengan pulut durian. Untuk seri muka durian, pulut bawahnya perlulah lembut dan atasnya pula rasa durian sebenar.
Untuk resepi versi kedua, anda boleh menggunakan loyang bersaiz 10x10. Bagi mendapatkan hasil yang enak, gunakan santan asli.
Seri Muka Durian (Versi 1)
Bahan-bahan:
- Santan pekat (2 1/2 cawan)
- Gula (3/4 cawan) - boleh dikurangkan lagi, boleh ditambah jika tidak manis kerana durian sudah manis
- Tepung gandum (1 cawan)
- Tepung jagung (2 sudu besar)
- Isi durian (1 cawan)
- Pewarna kuning (1 sudu)
- Telur (1 biji)
- Garam (sedikit)
Cara penyediaan:
- Campurkan semua dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga halus.
- Kemudian, masukkan pewarna kuning dan kukus selama 40 minit.
Nota: Walaupun ada telur, ia tidak hanyir.
Seri Muka Durian (Versi 2)
Bahagian bawah
Bahan-bahan:
- Pulut (3 cawan) - direndam dahulu selama 4-5 jam
- Santan (2 cawan)
- Gula (2 sudu makan)
- Garam (1 sudu kecil)
Cara penyediaan:
Kukus sehingga masak (25 minit). Tekan padat-padat.
Bahagian atas
Bahan-bahan:
- Durian (1 cawan)
- Telur (2 biji)
- Gula (1 cawan)
- Santan (3 cawan)
- Garam (1/2 sudu kecil)
- Tepung kastard (1/2 cawan)
- Tepung gandum (1/2 cawan)
- Perisa durian - warna kuning
Cara penyediaan:
- Kisar semua. Masak sehingga naik wap.
- Tuang atas pulut tadi. Kukus sehingga masak (20 minit). Siap.
Nota: Sejukkan selama 2 atau 3 jam dan potong.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi:
Sumber informasi: