Kuih tahi itik adalah sejenis kuih yang terkenal di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Ia adalah sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula.
Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, mengikut citarasa pembuatnya.
Lazimnya, kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, disebabkan kedua-dua kuih itu menggunakan kuning telur, manakala tahi itik menggunakan putih telur.
Lazimnya, kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu disebabkan ia pada kelazimannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik lazimnya tidak banyak dijual secara meluas dan disebabkan penghasilannya bergantung kepada terdapat putih telur atau tidak yang lazimnya adalah sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya.
Kuih tahi itik ini lebih terkenal di sebelah pantai timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Kuih tahi itik ada dijual secara meluas ketika musim tertentu. Ia senang dibuat dan harganya turut berpatutan.
Nama kuih tahi itik barangkali kerana rupanya yang berwarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyamai tahi itik.
Disamping itu, mungkin juga disebabkan ia dibuat dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa atau tahi.
Namun begitu, pembuatannya dan penjualannya adalah bermusim.
Di samping itu, rasanya yang manis itu membuatkan seseorang yang menikmatinya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat di tekak.
Kuih tahi itik lazimnya disajikan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.
Ia merupakan sejenis kuih yang manis dan dianggap mempunyai kandungan kalesterol yang tinggi.
Kuih tahi itik sesuai untuk dibuat sebagai hidangan petang disebabkan rasanya yang enak dan manis, lazimnya disajikan dengan teh tawar disebabkan ia telahpun manis.
Kuih Tahi Itik
Bahan-bahan:
- Putih telur (10 biji)
- Santan (500ml)
- Gula pasir (400gm) - boleh dikurangkan jika mahu kurang manis
- Tepung pulut (100gm)
- Tepung beras (150gm)
- Daun pandan (sehelai) - dicarik
- Esen vanila (sedikit)
Caranya:
1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
2. Biarkan sejuk. Bulatkan atau bentukkan mengikut citarasa sendiri.
Sumber: