Kuih karas atau kuih jala merupakan kuih tradisional dari Kedah (dikenali sebagai karas), Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Brunei (dikenali sebagai jala). Di Sarawak, ia dipanggil sebagai snek tradisional untuk Iban. Ia amat berlainan dari roti jala di Semenanjung Malaysia.
Di Kedah, kuih ini lazimnya dijumpai di Daerah Kota Setar. ia sesuai untuk dimakan ketika minum teh dengan secawan kopi panas. Kuih ini adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk seperti jaringan halus seperti bihun namun rangup dan manis dari segi rasa.
Kuih ini berbentuk seperti jala halus yang agak keras dan manis dan garing dari segi rasa. Kuih karas memiliki bentuk separuh bulan dan juga segi empat.
Kuih ini dibuat dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Selepas itu, ia diangkat dan dilipat atau digulung.
Kuih Karas
Bahan-bahan:
- Tepung beras (1kg)
- Gula (2 gelas)
- Air (3 gelas)
Cara penyediaan:
1. Air dan gula dimasak sehingga mendidih:gula larut
2. Air gula disejukkan dahulu, baru diadun
3. Api pandai-pandai sesuaikan. Jika tidak, kuih menjadi hitam.
Tips:
- Jangan letak semua air gula tersebut. Akan ada balance. Pemilik resepi cuba 2-3 kali goreng dahulu untuk mendapatkan adunan yang sesuai.
- Pemilik resepi cuba setengah kilogram sahaja. Tepung katanya ada cap tertentu. Namun, beliau menggunakan jenama 1 Gajah sahaja.
- Minyak mesti panas. Jika tidak panas, jadilah seperti gambar di bawah.
- Letak minyak agak-agak sesuai kerana saiz kuih akan dipengaruhi oleh minyak.
Sumber:
- Azida Dahaman [ 1 , 2 ]
- Wikipedia Kuih Karas