Oleh pada 19 Mar 2019 kategori

Kuih cara adalah sejenis kuih tradisi yang terkenal di Malaysia.

Ia adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan.

Doh tersebut lalu dicampurkan dengan santan dan dikacau supaya tidak berketul. Selepas tu, ia dimasukkan ke dalam acuan dan dimasak.

Kuih cara terkenal di seluruh Malaysia. Ia banyak dibuat dan boleh dibeli di mana-mana sahaja dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Kuih cara terkenal sebagai juadah harian disebabkan ia adalah sejenis kuih yang sedap.

Namun begitu, ia hendaklah dialas supaya mengelak bahagian luarnya turut melekit melekat pada jari orang yang memakannya.

 

Kuih Cara Manis

 

Bahan-bahan: 

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Telur (2 biji)
  • Santan (2 cawan) - pemilik resepi menggunakan santan perah sendiri, pekat-pekat kerana sendiri makan
  • Air daun pandan (1 cawan)
  • Garam (sedikit)

 

Cara penyediaan: 

1. Kisar semua bahan-bahan di atas.

2. Panaskan acuan dan oleskan dengan minyak.

3. Letak adunan.

4. Letakkan sedikit gula di tengah-tengah adunan.

5. Masak selama lebih kurang 5 minit.

 

Resepi Bonus: Kuih Cara Manis Versi Jagung

  

kuih cara manis versi jagung

 

Bahan-bahan: 

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Telur gred A (1 biji) - dipukul dahulu
  • Jagung (1/2 cawan) - telah dihiris (letak lebih untuk lebih enak)
  • Santan (3 1/4 cawan)
  • Garam (sedikit)
  • Esen vanila (sedikit) - optional
  • Perisa jagung
  • Pewarna kuning telur (sedikit)

 

Cara-cara membuat: 

1. Kisar dahulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan kisar terlalu halus). Ketepikan dalam bekas lain. Masukkan semua bahan-bahan yang lain dalam bekas. Gaul rata dan tuang dalam pengisar halus .

2. Tuang dalam jag sederhana dan campurkan dengan 1 cawan jagung yang dikisar tadi. Kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas menggunakan api perlahan dan sapu minyak.

3. Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika dan baru letak sedikit gula dalam adunan. Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak kelihatan naik adunan atau sedikit kekuningan di tepi-tepi kuih. Boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.

4. Untuk tuang adunan seterusnya, mesti kacau-kacau dahulu adunan dalam jag dan baru tuang.

5. Ulang sehingga habis adunan. Siap dan sedia untuk dimakan.

 

Sumber:

1. Norazizah Hasbolah [1, 2]

2. Zura Zul [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Cara




Hakcipta iluminasi.com (2017)