Kuih telaga emas merupakan sejenis kuih tradisional yang mempunyai rasa yang sangat lazat.
Kuih telaga emas dibuat dari tepung pulut dan di tengah-tengah terdapat inti kastard namun tidaklah terlalu seperti kastard.
Yang pastinya ia bukan sahaja enak, malah kenyal dan liat di luar serta lembut di tengah.
Buat penggemar kuih tradisi yang berasaskan tepung pulut, anda perlu mencuba untuk membuat kuih ini.
Namun begitu, asal kuih ini tidak dapat dipastikan. Ia mungkin berasal sama ada dari Kelantan atau Sarawak.
Kuih Telaga Emas
Adunan Hijau (Telaga)
Bahan-bahan:
- Tepung pulut
- Air pandan
- Pewarna hijau
- Garam (sedikit) - pemilik resepi tambah
Nota:
➡ Buat adunan sama seperti membuat kuih koci.
➡ Jangan terlalu lembik, nanti ia akan melekat atau melekit apabila masak.
➡ Guna acuan lompang yang kecil. Sapu minyak dan tepekkan adunan seperti mahu buat mangkuk pada acuan tersebut.
Adunan Kuning (Emas)
Bahan-bahan:
- Telur (sebiji)
- Secawan + 2 sudu besar santan (pemilik resepi guna 1/2 cawan santan kotak + air)
- Nasi rata gula (1 senduk)
- Nasi rata tepung gandum (1 senduk)
- Garam (secubit)
- Pewarna kuning
➡ Campur semua dan kisar sahaja.
Cara penyediaan:
1. Masukkan adunan kuning ke dalam telaga yang dibuat tadi.
2. Panaskan kukusan dahulu. Kukus selama 12-15 minit.
Tips: Jangan terlalu lama, nanti adunan yang hijau akan overcook. Ia akan kembang semangkuk dan tidak cantik.
Nota: Pemilik resepi juga ada menjual kuih ini dengan harga RM6/12pcs. Jika berminat, boleh like dan pergi ke Facebook Zahra Kitchen.
Sumber: