Kuih bahulu atau baulu adalah sejenis hidangan tradisional orang Melayu yang lazimnya amat popular terutamanya ketika hari raya dan hari-hari keramaian.
Namun begitu, kini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya sepanjang masa disebabkan jualannya yang memberangsangkan.
Secara amnya, terdapat 3 jenis kuih bahulu iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung.
Bahulu lapis dan bahulu gulung agak susah didapati di pasaraya disebabkan harus ditempah daripada pembuat kuih tradisional.
Cara menghasilkan ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak senang dan menggunakan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir dan sedikit minyak masak atau minyak sapi.
Bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.
Kuih Bahulu Tradisi Homemade
Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu) :
- Tepung gandum (anggaran 250g)
- Telur (10 biji)
- Gula (400g)
- Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)
Cara-cara membuat:
1. Susun bahan-bahan yang diperlukan pada satu tempat.
2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam bekas mixer atau bekas batter .
3. Masukkan gula ke dalam bekas mixer atau bekas tadi .
4. Masukkan perasa vanila atau perasa pisang secukup rasa .
5. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer).
6. Masukkan tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan-lahan selepas sebatian kembang.
7. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
8. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam ketuhar.
9. Selepas adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.
Tips: Berhati-hati ketika mahu mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana ianya amat panas.
10. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan terkeluar daripada landasannya yang lazimnya dipanggil sebagai 'bentat'.
11. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180-200c selama 10 minit ataupun sehingga kelihatan kekuningan.
12. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas.
Sumber: