Oleh pada 29 Apr 2019 kategori

Kuih akok merupakan sejenis kuih tradisi tradisional yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu lazimnya dihasilkan berbentuk bujur, mengikut acuan buah ulu dan akok bunga atau disebut juga akok Kemboja.

Akok mempunyai rasa manis bertelur. Cara pengandungan dan pembakaran adalah faktor yang membuatkan sesuatu kuih akok itu enak.

Pada kelazimannya, akok nisan berwarna gelap, manakala akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat.

Akok berlauk berbentuk tekstur berspan.

Kuih akok amat terkenal di Kelantan dan Terengganu.

Rahsia resepi kuih akok berkait rapat dengan sifat kedekut atau tidak pembuatnya.

Ini disebabkan proses pembuatan kuih akok yang enak memerlukan penggunaan telur yang banyak.

Maka, kalau pembuatnya kedekut, telur ayam yang dipakai adalah sedikit.

Ini akan menghasilkan rasa kuih akok yang tawar atau tidak lazat, dan mempunyai banyak tepung.

Kuih akok merupakan kuih tradisi Kelantan.

Akok lazimnya tidak tahan lama, dan hendaklah disejukkan untuk disimpan lebih lama.

Pada kelazimannya, ia dibuat berbentuk bujur dan berwarna hijau.

Oleh kerana ia tidak tahan lama, akok tidak dihasilkan untuk jualan komersial, dan lazimnya ia dibuat hanya untuk kegunaan sendiri, atau jualan runcit mengikut tempahan, tidak bagi tujuan borong.

 

Kuih Akok

 

Bahan-bahan:

  • Telur (1 cawan) / telur (5 biji)
  • Santan pekat (1 cawan)
  • Air gula melaka (1 cawan) - telah dimasak (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Garam (secubit)

 

Nota: Resepi ini untuk menghasilkan 20 biji lebih.

 

Cara penyediaan:

1. Bancuh bahan sehingga sebati. Boleh juga gunakan pengisar. Siap bancuh, tapis dahulu.

2. Panaskan ketuhar dengan suhu 200°c selama 15 minit.

3. Sapu sedikit minyak pada acuan muffin, masukan ke dalam ketuhar dan panaskan sebentar.

4. Setelah siap panaskan, bolehlah tuang bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yang telah dipanaskan.

5. Bakar dengan suhu 180°c menggunakan api atas bawah. Bakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak.

 

Sumber:

1. Orkid Melati [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Akok




Hakcipta iluminasi.com (2017)