Oleh pada 24 Jun 2020 kategori

Bahulu gulung merupakan sejenis bahulu yang mempunyai tekstur gebu seperti kek span. Selain jem nenas, kesemua inti lain seperti coklat, Nutella, strawberi dan kacang tanah sesuai untuk digunakan.

Proses menggulung perlu dilakukan secara perlahan-lahan supaya tidak patah. Ia perlu digulung ketika masih panas.

Bahulu Gulung Jem Nenas

Bahan-bahan:

  • Telur (3 biji)
  • Ovalette (1 sudu besar)
  • Gula halus (1/2 cawan)
  • Esen vanila (1 penutup)
  • Tepung gandum (3/4 cawan atau 100g)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Minyak masak (1 sudu besar)
  • Inti/jem nenas atau sebarang perasa lain

Cara-cara penyediaan: 

  1. Adun telur, gula, esen dan ovalette sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayakkan secara kaup balik ke dalam adunan tadi. Akhir sekali, baru masukkan minyak masak.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan serbuk penaik. Boleh gunakan loyang saiz 9 atau 10. Pemilik resepi menggunakan dulang ketuhar sahaja kerana tiada loyang saiz besar.
  4. Bakar suhu 170 selama 20 minit api atas bawah bergantung pada ketuhar masing-masing.
  5. Sapukan jem selepas keluar dari ketuhar dan gulung.
  6. Biarkan sejuk dahulu sebelum potong.

Tips:

  • 1 adunan jika mahu nipis, jangan letak habis. Boleh buat dua gulung.
  • Hasil resepi ini tebal kerana adunan dituang habis.

bahulu gulung jem nenas default 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Alyna Embong Ina




Hakcipta iluminasi.com (2017)