Oleh pada 28 Apr 2019 kategori

Ketam merupakan suatu menu kegemaran ramai. Ketam rebus biasa juga amat enak, tambahan pula yang dimasak istimewa. Apa yang penting, ketam tersebut perlulah segar.

Ketam merupakan antara hidangan yang rendah kalori. Bergantung kepada jenis ketam, dianggarkan terdapat hanya 85-90 kalori setiap 100g.

Ketam turut mengandungi lemak tidak tepu, iaitu lemak 'sihat'.

Selain itu, ketam turut merupakan sumber asid lemak omega-3 yang menolong menguatkan daya ingatan dan turut mengurangkan risiko penyakit jantung.

Isi ketam turut dipenuhi dengan vitamin A, C dan B12, zink dan copper

 

Ketam Kari Masak Kering (Ketam Nipah Vaaruval)

 

 

Bahan 1 (siap potong):

  • Ketam nipah (3kg)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Cili hijau (2 biji)
  • Tomato (1 biji besar)
  • Daun kari (1 tangkai)

 

Tumis:

  • Bawang
  • Bawang putih dan halia (1 sudu besar) - siap dikisar
  • Daun kari
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
  • Garam (sedikit)

 

Cara penyediaan:

1. Apabila bau sudah naik atau pecah minyak, masukkan cili kering yang telah siap dikisar (5 sudu besar). Gaul sebati.

2. Selepas 3 minit, masukkan ketam. Gaul biar dalam 10 minit.

3. Masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air. Gaul dan tutup.

4. Tunggu sehingga ia pekat. Setelah agak-agak telah cukup pekat, angkat keluar.

 

Tips: Jika tidak cukup cili kering kisar tersebut, boleh tambah 1 atau 2 dahulu serbuk kari ikan. Ikut keselesaan sendiri.

 

Resepi Bonus: Udang Cili Cuka

udang cili cuka

 

Bahan-bahan:

  • Udang harimau (20 ekor)

 

Bahan kisar basah:

  • Bawang merah besar (1 biji)
  • Halia (1/2)
  • Bawang putih (7 ulas)
  • Kunyit hidup (1/2)
  • Cili kering (7 tangkai)

 

Rempah ratus kisar kering:

  • Jintan putih (1/2 sudu kecil)
  • Jintan manis (1/2 sudu kecil)
  • Biji ketumbar (1/2 kecil)
  • Kacang ulunthu (1 sudu kecil)

➡ Tumis kering tanpa minyak, sebelum kisar.

 

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan 1 dengan daun kari (1 tangkai).

2. Apabila agak-agak bau sudah naik, masukkan udang dan garam. Gaul berserta sedikit air bagi udang masak.

3. Setelah agak-agak udang sudah masak, 5 minit sebelum angkat, masukkan rempah ratus yang telah dikisar. Gaul dan selepas 5 minit, angkat.

4. Akhir sekali, jika mahu tambah sedikit cuka juga boleh selepas angkat.

 

Sumber:

1. Nur Sirhan Tiben [12]

2. Mamadee's Kitchen (honeydeekitchen.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)