Ikan masak taucu ialah sebuah menu yang ringkas dan senang untuk dibuat. Ia cukup sesuai untuk golongan wanita yang bekerjaya kerana proses pembuatannya cukup menjimatkan masa.
Ia akan menjadi bertambah menyelerakan jika ditambah timbunan timun dan bawang. Ia tidak muak dan mempunyai rasa masam-masam pedas. Ditambah pula ketika anda menggigit timun yang sudah menyerap kuah taucu tersebut.
Terdapat juga segelintir yang memasak taucu dengan meletakkan rempah kari. Apa-apa pun, ianya terpulang kepada selera masing-masing.
Ikan Masak Taucu
Bahan-bahan:
- Kicap manis (4 sudu besar)
- Kicap pedas (3 sudu besar)
- Taucu (3 sudu besar)
- Ikan bawal (2 ekor)
- Bawang besar (3 biji)
- Cili merah (2 biji)
- Tomato (1 biji)
- Cili padi (3 biji) - pilihan
- Halia (1 inci) - dihiris
- Serbuk kunyit
- Garam
- Pepper
- Daun ketumbar
- Daun bawang
Cara-cara penyediaan:
1. Lumurkan ikan bawal dengan serbuk kunyit, garam dan pepper.
2. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
3. Potong bawang, cili dan tomato ke saiz kecil. Kemudian, ditumiskan dengan minyak (1 1/2 sudu besar) bersama-sama cili padi dan halia.
4. Apabila bawang bertukar warna, masukkan taucu dan gaul sebati.
5. Kemudian, masukkan kicap manis dan kicap pedas. Boleh tambah air, jika ingin lebih kuah.
6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan ratakan kuah kepada ikan secara perlahan-lahan.
7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan daun bawang. Siap untuk dihidang.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber:
1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]